Connect with us

Oh! Media

Ini Alasan Yang Diberikan Zahid Untuk Tangguh Kes Rasuah Di Mahkamah Kali Ke-3

Ohmedia zahid

Oh! Negara

Ini Alasan Yang Diberikan Zahid Untuk Tangguh Kes Rasuah Di Mahkamah Kali Ke-3

Hari ini sepatutnya berlangsung perbicaraan kes rasuah melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi tetapi ia nampaknya terpaksa ditangguhkan untuk ketiga kalinya dengan alasan sama.

Ini apabila pasukan pembelaan Zahid memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa presiden UMNO itu perju menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat individu yang disahkan positif Covid-19 yang sebelum ini telah pergi menghadiri mesyuarat di negeri lain.

Akibat dari itu, Hakim Collin meminta pasukan pembelaan menasihatkan anak guam mereka untuk tidak menghadiri sebarang mesyuarat dalam tempoh seminggu sebelum tarikh perbicaraan diadakan.

IKLAN

Ini (penangguhan) akan berlanjutan sepanjang minggu hingga Khamis. Ini bukan kali pertama perkara ini berlaku. Boleh tak kamu nasihati anak guam (Ahmad Zahid) kamu agar tidak hadiri sebarang mesyuarat seminggu sebelum kesnya, kalau tidak sampai bila pun kes ini tidak akan selesai.

Saya juga terpaksa melapangkan sesi yang lalu kerana masalah sama. Tarikh-tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan memadai untuk pendakwaan menutup kes. Walaupun beliau ada tugas rasmi untuk dijalankan, hadir di mahkamah juga penting, justeru tolong ingatkan beliau (agar tidak hadiri sebarang mesyuarat). – Katanya.

Disebabkan ini pembicaraan kes terpaksa ditangguhkan lagi ke tarikh 4 Mac 2021.

Untuk maklumat, Zahid Hamidi terlibat dengan 47 pertuduhan di mana 12 darinya kes pecah amanah, 8 kes rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas