Connect with us

Oh! Media

Individu Tawar Diri Ganti Hukuman Penjara Najib Razak

Ohmedia najib razak

Oh! Negara

Individu Tawar Diri Ganti Hukuman Penjara Najib Razak

Tawaran ganti penjara Najib mencetuskan reaksi ramai selepas mahkamah tolak permohonan tahanan rumah Najib.

Isu berkait tahanan rumah Najib kembali panas bila seorang pemimpin Umno tampil dengan tawaran luar biasa. Tawaran itu dibuat kurang 24 jam selepas mahkamah menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Langkah itu serta-merta mencuri perhatian ramai, terutama bila ia dikaitkan dengan jasa Najib sebagai bekas perdana menteri. Dalam masa sama, keputusan mahkamah kekal menjadi fokus utama perbincangan.

Sanggup masuk penjara agar Najib Razak boleh bebas

Tawaran tersebut dibuat oleh Muhammad Faiz Hashim yang sanggup menggantikan Najib menjalani hukuman penjara. Ia dibuat sehari selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diumumkan.

IKLAN

Jika kerajaan pada hari ini masih kekal inginkan Najib menjalani baki tahanan di penjara, memandangkan Najib adalah seorang pemimpin dan bekas perdana menteri yang banyak jasa pada negara.

Sebagai membalas setiap jasanya yang tidak terhingga, saya Muhammad Faiz sanggup menggantikan beliau di penjara, asalkan Najib dibebaskan.- Katanya.

Alasan libatkan titah adendum diraja

Najib razak nih3 20180512 103428jpg

Muhammad Faiz berhujah Najib wajar dibebaskan susulan kewujudan titah Yang di-Pertuan Agong terdahulu. Bagaimanapun, beliau mengakui keputusan mahkamah tidak boleh dilangkaui.

Walaupun tidak boleh melangkaui keputusan mahkamah tetapi setidaknya titah adendum diraja ini adalah simbolik sokongan penuh kepada Najib.- Katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah Najib. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Alice Loke.

Mahkamah memutuskan titah adendum oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bukan perintah sah dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan. Selain itu, tiada peruntukan undang-undang di Malaysia yang membolehkan pelaksanaan perintah tahanan rumah.

Permohonan tahanan rumah Najib bermula pada 2024 menerusi semakan kehakiman yang difailkan pada 1 April. Ia dibuat selepas Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun.

Denda juga dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. Hukuman itu berpunca daripada sabitan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC International.

Pssttt! Ohmedia harap korang ambil peluang ni untuk faham bagaimana proses undang-undang berjalan. Isu besar macam ni memang emosi, tapi keputusan mahkamah tetap asas utama dalam negara hukum.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas