Menurut beliau, rakyat perlu melantik pemimpin untuk mewakili mereka dalam membentuk kerajaan yang baik untuk mentadbir negara.
Hukum dosa jika tidak mengundi
Hadi Awang berkata tindakan rakyat untuk terus berdiam diri dan tidak mahu untuk keluar mengundi dan memilih pemimpin mereka boleh dianggap sebagai satu dosa.
Jika mereka berdiam diri terhadap perkara yang benar, maka hukumnya adalah berdosa dan jika berdiam diri dalam perkara yang salah juga adalah berdosa. – Hadi Awang
Beliau juga berkata bahawa rakyat bebas dalam menentukan apa yang akan berlaku dalam kehidupan mereka sama ada benar atau salah.