Connect with us

Oh! Media

“Selanjutnya Saya Akan Jawab Di Mahkamah” – Hadi Awang Dipanggil Ke Bukit Aman

Trending

“Selanjutnya Saya Akan Jawab Di Mahkamah” – Hadi Awang Dipanggil Ke Bukit Aman

Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini terpalit dengan isu mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di mahkmah memaklumkan bahawa dirinya sudah dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan.

ADVERTISEMENT

BACA: Pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Komunis Itu Pejuang?

Hadi Awang yang merupakan Presiden Pas turut menambah bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis sekiranya dipanggil lagi pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut.

Saya sudah dipanggil ke Bukit Aman dan disoal dan sudah jawab soalan, selanjutnya saya akan jawab di mahkamah.

Kalau dipanggil lagi (polis), saya akan pergi.

Abdul Hadi yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai kumpulan majoriti perosak politik dan ekonomi negara kini disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Kes ini juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas