Oh! Negara
Hannah Yeoh Menang Saman RM400,000 Ke Atas Pensyarah
Mahkamah arah Dr Kamarul Zaman bayar RM400,000 kepada Hannah Yeoh.
Selepas lapan tahun mencetuskan kontroversi dengan dakwaan berkaitan agama, Mahkamah Tinggi akhirnya memutuskan bahawa pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff bersalah memfitnah Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.
Hakim Datuk Aliza Sulaiman memerintahkan Dr Kamarul membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 kepada Hannah selepas mendapati dakwaan yang dimuat naik dalam dua hantaran Facebook pada 2017 bersifat fitnah dan berniat jahat.
Plaintif berjaya membuktikan bahawa dakwaan defendan berniat untuk menyinggung perasaan, menghina dan memfitnahnya.- Jelas keputusan mahkamah hari ini.
Dr Kamarul bagaimanapun tidak hadir semasa prosiding berlangsung.
Dakwa Hannah Yeoh bawa agenda Kristian, tapi gagal buktikan…

Kes ini berpunca daripada dua hantaran Facebook antara 10 Mei dan 17 Mei 2017, di mana Dr Kamarul mendakwa Hannah membawa agenda Kristian menerusi politiknya.
Beliau turut memetik autobiografi Hannah bertajuk Becoming Hannah: A Personal Journey sebagai bukti kononnya wujud niat untuk menjadikan Malaysia negara Kristian.
Namun Hannah menegaskan bahawa buku tersebut hanya menceritakan perjalanan hidup dan penglibatan dirinya dalam dunia politik.
Tiada bukti bahawa mana-mana orang Islam terpesong akidah dengan membaca buku berkenaan dan perkara itu disahkan oleh pemimpin Islam di negara ini.- Kata Hannah di mahkamah.
Pssttt! Isu fitnah di media sosial bukan perkara kecil. Setiap perkongsian harus disemak dan difikirkan kesannya, terutama jika ia melibatkan maruah dan sensitiviti agama. Ingat, satu hantaran boleh membawa padah besar di mahkamah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM