Connect with us

Oh! Media

Dua Adun Bersatu Digugurkan Dari Exco Kerajaan Perlis

Untitled Design   1

Oh! Negara

Dua Adun Bersatu Digugurkan Dari Exco Kerajaan Perlis

Perlis mencuri perhatian ramai apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Bersatu, Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang) dan Megat Hashirat Hassan (Pauh) digugurkan daripada jawatan exco kerajaan negeri.

Langkah ini disahkan sendiri oleh Wan Zikri yang mengakui dirinya dan seorang lagi rakan Adun Bersatu telah digantikan.

Siapa ganti tempat mereka?

Untitled Design   1

Menurut laporan Malaysia Kini, tempat mereka diganti oleh dua Adun lain daripada Bersatu juga, iaitu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), yang merupakan pengerusi Bersatu Perlis, dan Marzita Mansor (Sena). Langkah ini memastikan kuota Bersatu dalam exco kerajaan Perlis kekal tiga daripada lapan tempat.

IKLAN

Seorang lagi Adun Bersatu yang kekal dalam kabinet negeri ialah Izizam Ibrahim dari DUN Titi Tinggi.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dari PAS, turut dikatakan melakukan perubahan portfolio dalam rombakan ini. Bagaimanapun, butiran lengkap mengenai portfolio baharu belum diumumkan secara rasmi.

Pengesahan daripada Adun, Wan Zikri

2c394cbc e9c6 40bd a521 1897d0fb07f4

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Wan Zikri mengesahkan perkara ini berkata “Ya, saya dan seorang Adun juga dari Bersatu (digugurkan).”

#OhmediaNasihat

Rombakan politik adalah perkara biasa dalam pentadbiran kerajaan. Apa yang penting, setiap perubahan perlu membawa manfaat kepada rakyat. 

Sebagai rakyat, kita perlu terus cakna dengan perkembangan politik agar hak dan kepentingan kita sentiasa terjaga. Politik mungkin berubah, tetapi tanggungjawab kepada rakyat tidak boleh diabaikan.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malaysia Kini


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas