Connect with us

Oh! Media

Dr Asyraf Wajdi Tegaskan, Taknak Lagi Anak MARA Masuk Penjara

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Negara

Dr Asyraf Wajdi Tegaskan, Taknak Lagi Anak MARA Masuk Penjara

Asyraf Wajdi kecewa isu buli di MRSM Besut dan beri amaran keras. MRSM sasar sifar buli.

Kes buli di MRSM Besut, Terengganu terus hangat diperkatakan selepas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membuat lawatan mengejut ke sekolah berkenaan.

Lawatan itu dibuat tanpa pengetahuan pihak pengurusan sebagai usaha untuk melihat sendiri suasana di sekolah berasrama penuh tersebut susulan kejadian buli yang viral.

“Saya taknak tengok anak-anak MARA masuk penjara”- Dr Asyraf.

Mara

Menurut Asyraf Wajdi, beliau amat kecewa dan sedih apabila mengetahui masih ada insiden buli berlaku di MRSM.

IKLAN

Dalam pertemuannya bersama para pelajar di surau, beliau turut memberikan nasihat serta peringatan agar budaya buli dihapuskan terus dari institusi pendidikan tersebut.

Jelas beliau lagi, budaya buli bukanlah ‘DNA MRSM’ dan tidak mencerminkan nilai Ulul Albab, sahsiah MARA mahupun prinsip pendidikan yang diperjuangkan.

Beliau turut memberi amaran bahawa MARA mengamalkan dasar “You Touch, You Go” iaitu tiada kompromi terhadap pelaku buli mahupun individu yang bersubahat.

MRSM bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi medan pembentukan akhlak, jati diri dan kepimpinan masa depan negara.- Tegasnya lagi.

Malah, MARA kini menetapkan sasaran ‘sifar buli’ di semua MRSM agar budaya toksik ini dapat dihapuskan sepenuhnya.

Tujuh pelajar MRSM ditahan…

Mrsm Pulau Pinang

Setakat ini, seramai tujuh pelajar telah ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Terbaru, dua pelajar tingkatan tiga turut ditahan kerana terlibat dalam insiden buli terhadap dua rakan sekolah mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu, siasatan masih dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap semua yang terlibat.

Pssttt! Budaya buli yang berterusan di sekolah perlu dipandang serius, lebih-lebih lagi bila melibatkan institusi berprestij seperti MRSM. Tindakan tegas yang diambil oleh MARA adalah langkah tepat untuk menyelamatkan masa depan anak-anak. Semoga sasaran ‘sifar buli’ bukan sekadar janji, tapi menjadi realiti.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas