Oh! Negara
Didakwa Pecah Amanah RM5 Juta, Mejar Jeneral ATM Mengaku Tak Bersalah
Mejar Jeneral ATM didakwa pecah amanah RM5 juta Tabung Kebajikan, mohon dibicarakan.
Seorang lagi pegawai tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini tampil di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan dakwaan rasuah.
Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Khamis, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama ATM, didakwa atas pertuduhan pecah amanah berkait dana Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) bernilai RM5 juta.
Difahamkan, pelaburan tambahan yang dibuat dalam sebuah syarikat didakwa dilakukan tanpa kelulusan sewajarnya. Wajah tenang beliau dengan sut biru gelap sempat mencuri perhatian media dan orang ramai di mahkamah.
Mejar Jeneral ATM didakwa buat pelaburan tambahan

Menurut kertas pertuduhan, Fauzi ketika menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) dan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT, didakwa membuat pelaburan tambahan bernilai RM5 juta dalam sebuah syarikat.
Lebih mengejutkan, keputusan pelaburan itu dikatakan dilakukan tanpa mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan TKAT.
Kesalahan tersebut didakwa berlaku pada 27 November 2023 di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Kuala Lumpur.
Hukuman berat menanti jika sabit kesalahan

Jika sabit kesalahan, Fauzi boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Ini bermakna, beliau berdepan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, sebatan serta denda.
Faham pertuduhan tersebut, saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.- Katanya.
Ketika tiba di mahkamah, Fauzi diiringi oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kelihatan tenang sambil senyum kepada pihak media.
Sepanjang prosiding, beliau juga dilihat beberapa kali berbual bersama pegawai SPRM yang berada bersamanya di kandang tertuduh.
Pssttt! Ohmedia harap korang jangan ambil ringan bila bab amanah dan duit orang ramai. Sekali silap langkah, nama dan kerjaya yang dibina bertahun boleh musnah sekelip mata.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM