Connect with us

Oh! Media

Datuk Mohd Khalid Ismail Dilantik Ketua Polis Negara Baharu

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Negara

Datuk Mohd Khalid Ismail Dilantik Ketua Polis Negara Baharu

Datuk Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu ganti Tan Sri Razarudin.

Pertukaran tampuk kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyaksikan Datuk Mohd Khalid Ismail kini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan ini diumumkan dalam satu majlis serah terima tugas yang berlangsung penuh istiadat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, disaksikan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Turut hadir memberi sokongan ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta pegawai kanan PDRM.

IKLAN

Pengalaman luas dalam cawangan khas PDRM…

 7052

Mohd Khalid, yang kini berusia 60 tahun, bukanlah nama asing dalam dunia kepolisan negara. Beliau memiliki pengalaman luas dalam Cawangan Khas PDRM dan pernah menjawat jawatan penting termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang sejak 25 Mei 2018.

Pada 6 September 2021, beliau seterusnya dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman, peranan penting yang memberi fokus kepada keselamatan dan perisikan dalam negara.

Kini, dengan jawatan baharu sebagai KPN, tanggungjawab Mohd Khalid pastinya lebih mencabar dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Pssttt! Oh! Media ucapkan tahniah kepada Datuk Mohd Khalid Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu. Dengan pengalaman luas beliau dalam pasukan Cawangan Khas, diharapkan kepimpinan beliau mampu membawa perubahan positif dalam memperkukuhkan integriti dan kredibiliti PDRM. Sama-sama kita doakan agar tanggungjawab besar ini dapat digalas sebaik mungkin demi keamanan negara.

Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas