Connect with us

Oh! Media

Cikgu Sekolah Tak Boleh Lagi Pakai Pakaian Menjolok Mata

Ohmedia cikgu din kpm

Oh! Negara

Cikgu Sekolah Tak Boleh Lagi Pakai Pakaian Menjolok Mata

KPM umum garis panduan media sosial dan pemakaian guru. Tak boleh lagi muat naik kandungan sensitif.

Zaman sekarang, bila semua orang ada akses ke media sosial, guru pun tak terkecuali daripada perhatian ramai. Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah serius dengan mengeluarkan satu garis panduan baharu yang mewajibkan warga pendidik menjaga tingkah laku di media sosial dan menjaga etika berpakaian.

Arahan ini bukan main-main, ya. Ia berkuat kuasa serta-merta dan tertakluk kepada semua pegawai pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), serta mana-mana institusi pendidikan yang berkaitan.

Tak boleh lagi muat naik ‘apa saja’!

Cikgu

Garis panduan ini dengan jelas melarang guru memuat naik kandungan yang boleh menjejaskan imej mereka sebagai pendidik. Antara kandungan yang dilarang termasuk isu sensitif 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja.

IKLAN

Selain komen atau ulasan berunsur politik, perkara dalaman organisasi, serta apa-apa yang boleh mencemarkan nama baik institusi pendidikan.

Bukan itu saja, sebarang kandungan bersifat provokatif, palsu atau yang mampu menimbulkan persepsi negatif juga tidak dibenarkan. Pendek kata, guru perlu sangat berhati-hati sebelum tekan butang ‘post’.

KPM turut menegaskan, guru perlu menunjukkan etika profesional dan nilai moral yang baik. Peraturan ini penting untuk menjaga maruah profesion perguruan yang kini semakin terdedah kepada penilaian masyarakat umum.

Penampilan kena kemas, sopan & tertib…

Bukan setakat dalam talian saja, penampilan guru juga turut diberi perhatian. KPM menekankan bahawa pemakaian mestilah kemas, sopan dan sesuai dengan norma masyarakat.

Garis panduan baharu ini turut melarang guru mengenakan pakaian ketat, menjolok mata, menggunakan bahan nipis atau jarang, serta pakaian yang menampakkan bentuk tubuh atau pakaian dalam.

Semua ini dilihat sebagai usaha untuk memastikan guru terus dihormati dan menjadi contoh terbaik kepada para pelajar, bukan sekadar di dalam bilik darjah, malah di mata umum.

Pssttt! Dalam dunia digital yang serba terbuka ni, tindakan kita sentiasa diperhati. Jadi memang wajar kalau KPM mula perketat peraturan demi menjaga imej pendidik. Tapi dalam masa yang sama, kita juga harap ada ruang buat guru untuk jadi diri sendiri, asalkan tak keterlaluan. Korang setuju dengan arahan ni atau rasa terlalu mengongkong?

Kredit: KPM
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas