Kenaikan mendadak antara 40 hingga 70 peratus dalam caj premium insurans kesihatan menjadi isu hangat di kalangan rakyat Malaysia.
Susulan itu, beberapa ahli parlimen dari blok kerajaan menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyiasat kenaikan tersebut yang kini membebankan golongan M40 dan B40.
IKLAN
Isu ini timbul akibat kaitan rapat antara kenaikan premium dengan kos hospital swasta yang melambung tinggi.
Ahli Parlimen desak BNM campur tangan
Memetik laporan Harian Metro, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendesak BNM campur tangan dalam isu ini.
BNM berkuasa untuk mengawal selia segala keputusan syarikat insurans. BNM tidak harus melepaskan tangan dengan alasan ini adalah keputusan perniagaan oleh syarikat. Mereka kata ini adalah free market (pasaran bebas) dengan willing buyer, willing seller. Ini tidak betul pada pendapat kami.
Tambah beliau lagi, jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh melaksanakan siasatan terhadap pihak yang mengaut keuntungan berlebihan, BNM juga perlu membuat siasatan ke atas kenaikan premium insurans.
Naik caj secara mendadak
Katanya, syarikat insurans tidak patut menaikkan caj secara mendadak tanpa kawalan kerana ia memberi kesan langsung kepada rakyat yang mencarum.
Caj hospital swasta yang melonjak tinggi sudah menjadi bebanan yang begitu tinggi kepada syarikat insurans dan kini mereka telah sudah memindahkan kos kepada pencarum insurans daripada golongan M40 dan ke atas atau sesiapa saja yang membeli insurans kesihatan termasuk B40.
Sim Tze Tzin berkata lagi, kenaikan harga premium insurans ini turut memberi kesan kepada golongan B40 yang mula beralih kembali ke hospital kerajaan kerana tidak mampu menanggung kos yang semakin tinggi.
Beliau berharap kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dapat berunding dengan hospital swasta untuk mengatasi isu ini dan mencari penyelesaian yang lebih adil untuk semua.
#OhmediaNasihat
Di media sosial, ramai yang mempersoalkan mengenai kadar kenaikan premium insurans yang bagi mereka keterlaluan. Ada syarikat yang naikkan caj sehingga dua kali setahun! Memang wajar kerajaan campur tangan dan bagi penyelesaian adil kepada semua.