Justeru itu, ramai yang menyarankan agar gaji barisan menteri di Malaysia dipotong bagi menangani masalah peningkatan inflasi ini.
Jangan main politik
Namun, solusi itu sama sekali tidak dipersetujui Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang dilihatnya sebagai satu cara yang tidak relevan.
Menerusi video dimuat naik Malaysiakini di Facebook, Tan Sri Annuar Musa berpendapat bahawa tiada negara yang berjaya mengawal inflasi dengan melakukan pemotongan gaji barisan menteri.
Bolehkah anda menamakan satu negara yang turunkan inflasi dengan potong gaji (menteri)?
Kedua, katakan anda potong RM10,000 dari setiap menteri, gandakan dengan 36 (jumlah menteri kabinet), berapa yang akan anda dapat?
Bolehkah anda memberi jaminan kepada saya inflasi akan selesai dengan cara ini? Harga barang tak akan naik? Tolong jangan main politik.
Takut gaji kena potong lah tu
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong sekiranya tindakan memotong gaji menteri dilaksanakan bagi meringankan kos yang ditanggung negara.
Korang rasa patut ke tak patut gaji menteri dipotong? Apa pandangan korang?