Oh! Negara
Bas Nahas UPSI Tiada Tali Pinggang Keledar? Anthony Loke Dedah Umur Sebenar Bas!
Bas UPSI terlibat nahas tiada tali pinggang keledar. Ini Pendedahan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Lepas tragedi membabitkan 42 penuntut UPSI di Gerik, banyak persoalan timbul pasal ciri keselamatan dalam bas ekspres.
Rupa-rupanya, bas terbabit dikeluarkan pada tahun 2013, iaitu tujuh tahun sebelum pemasangan tali pinggang keledar bas diwajibkan. perkara ini didedahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Bas berkenaan dibina pada tahun 2013, jadi ia berusia 12 tahun dan tidak mempunyai tali pinggang keledar.– Anthony Loke
Anthony Loke kaji pasang kamera & pengehad kelajuan kenderaan berat…

Anthony Loke turut pertimbang penggunaan teknologi keselamatan seperti kamera video dan pengehad kelajuan untuk bas serta lori.
Tapi ada masalah lain pula…
Peranti itu sering diubah suai sehingga tidak lagi berfungsi untuk mengawal kelajuan.
Paling mengejutkan, ada pemandu bas dan lori yang sanggup ubah suai pengehad kelajuan demi lepas ujian Puspakom dan bawa kenderaan dengan lebih laju!
Perlu cari cara untuk tangani manipulasi syarikat bas…

Kita perlu lihat bagaimana untuk mengelakkan peranti ini daripada diubah suai dengan memperkenalkan undang-undang yang lebih ketat.
Sebagai info, kemalangan itu berlaku awal pagi Isnin lalu di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik. Bas yang bawa pelajar UPSI dari Jertih ke Tanjung Malim merempuh sebuah Perodua Alza yang berada di laluan sama.
Pssttt! Setiap kali berlaku kemalangan, baru kita sibuk bincang soal keselamatan. Realitinya, ramai masih abaikan aspek ini sebab nak kejar masa dan untung. Bas lama atau baru, nyawa tetap nombor satu. Semoga tragedi ini jadi titik tolak untuk kerajaan benar-benar perketat penguatkuasaan. Jangan tunggu ada korban baru bertindak.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM