Connect with us

Oh! Media

Bank Negara Malaysia Mungkin Turunkan OPR?

BNM Bank Negara Malaysia OPR

Oh! Negara

Bank Negara Malaysia Mungkin Turunkan OPR?

Dalam keadaan ekonomi global yang tak menentu, Bank Negara Malaysia (BNM) dikatakan mungkin menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) jika pertumbuhan ekonomi negara mula menunjukkan tanda kelembapan.

Menurut laporan Harian Metro, inflasi yang sederhana dan tekanan global yang semakin mencabar membuka ruang kepada BNM untuk bertindak namun, bukan dalam masa terdekat dan perkara ini dikatakan sendiri pihak Hong Leong Investment Bank (HLIB).

IKLAN

Kami tidak fikir BNM akan bertindak secara awalan tetapi akan mengambil pendirian tunggu dan lihat sehingga bukti yang lebih kukuh berhubung kelembapan pertumbuhan.

Malaysia masih stabil, tapi kesan tarif AS mula dirasai

Malaysia kini dikenakan tarif 24% ke atas eksportnya ke Amerika Syarikat (AS), antara rakan dagang terbesar kita. Ini termasuk barangan seperti:

  • Mesin elektrik dan mekanikal
  • Perabot
  • Produk getah, minyak dan besi
  • Produk E&E (yang menyumbang hampir 70% eksport ke AS!). 

Namun begitu, sejak awal tahun 2025, syarikat-syarikat dilihat ‘memuatkan hadapan’ eksport – atau dalam erti lain, mempercepatkan penghantaran sebelum tarif kuat kuasa pada 9 April 2025.

Apa yang boleh dilakukan Malaysia?

HLIB mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk kurangkan kesan tarif:

  • Tingkatkan import dari AS, ini boleh bantu imbangi jurang dagangan
  • Pelbagaikan pasaran eksport, jangan terlalu bergantung pada satu negara
  • Pantau rapat data pekerjaan, pelaburan dan permintaan luar

#ApaKataOhmedia

Dunia ekonomi sentiasa berubah, dan penting untuk kita sebagai pengguna ambil tahu tentang impak dasar kewangan. Bila OPR turun, pinjaman jadi lebih murah tapi ia juga tanda ekonomi tak stabil. 

Jadi, berbelanjalah dengan bijak dan sentiasa bersedia untuk sebarang perubahan.

BNM Bank Negara Malaysia OPR

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas