Oh! Negara
Anwar Ibrahim Tegaskan Peruntukan Kerajaan Tak Akan Diumum Dalam Tempoh Pilihan Raya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas bahawa sebarang pengumuman peruntukan kerajaan tidak dibenarkan dalam tempoh pilihan raya.
Menurut laporan Berita Harian, kenyataan itu merujuk kepada tindakan Menteri KPKT, Nga Kor Ming yang mengumumkan RM6.13 juta bagi 33 projek pembangunan di Parlimen Tapah, yang turut melibatkan kawasan DUN Ayer Kuning yang kini berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK).
Ia sebelum penamaan calon. Jika selepas itu, kita beri amaran, tidak boleh.
Perdana Menteri umum peruntukan tertinggi dalam sejarah Sentuhan Kasih 3.0

Nga Kor Ming sebelum ini memaklumkan, peruntukan itu adalah yang tertinggi dalam sejarah Program Sentuhan Kasih, dan akan digunakan untuk:
- 16 projek di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)
- 10 projek di bawah Bahagian Kampung Baru Cina (BKBC)
- 2 projek Jabatan Landskap Negara (JLN)
- 3 projek Jabatan Perumahan Negara (JPN)
- 2 projek Bahagian Kesejahteraan Komuniti (BSK)
Pengumuman dikecam BERSIH

Namun, pengumuman itu mendapat kritikan hebat dari Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menyifatkan ia sebagai penyalahgunaan sumber kerajaan dalam suasana PRK.
Menurut BERSIH, sebarang bentuk pengumuman yang boleh dianggap sebagai mempengaruhi pengundi adalah tidak adil dan mencacatkan integriti pilihan raya.
Pssttt! Anwar tegaskan tiada pengumuman peruntukan dibenarkan semasa PRK. Isu RM6.13 juta di Tapah cetus kontroversi, BERSIH beri amaran tegas!
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM