Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Tegaskan Kluster Mahkamah Pemimpin Umno Tidak Akan Terlepas Apabila Parti Bergabung

untitled design   1

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Tegaskan Kluster Mahkamah Pemimpin Umno Tidak Akan Terlepas Apabila Parti Bergabung

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan rundingan yang dibuat bersama tujuh wakil Barisan Nasional (BN) pada pertemuan di Hotel Seri Pacific, di sini, hari ini.

Sedia maklum yang Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan rundingan bersama tujuh wakil Barisan Nasional (BN) dinHotel Seri Pacific harini.

Menurut laporan Harian Metro, Anwar juga berpuas hati dengan perbincangan untuk mewujudkan kerajaan stabil dan memajukan ekonomi itu.

IKLAN

Perbincangan kami isu dasar yang mana perlu untuk mewujudkan kerajaan stabil dan inklusif. Cuma buat masa sekarang BN memohon sedikit masa untuk teruskan rundingan sesama mereka.

Sementara itu ditanya mengenai kes mahkamah membabitkan beberapa pemimpin Umno, Anwar berkata, ia kekal dibicarakan meskipun wujud gabungan antara PH dan BN dalam membentuk kerajaan persekutuan.

Kes mahkamah adalah kes mahkamah. Mahkamah tak terikat dengan kerajaan. Badan kehakiman harus bebas… jangan dikaitkan (pembentukan kerajaan) dengan proses mahkamah.

Anwar turut menegaskan beliau masih calon Perdana Menteri melalui pembentukan kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya optimistik terhadap pembentukan kerajaan itu di bawah pentadbirannya.

Ya, buat masa sekarang saya masih calon Perdana Menteri,” katanya ringkas.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas