Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Dan Ulama Besar Kelantan Duduk Semeja

ohmedia anwar ibrahim ulama kelantan

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Dan Ulama Besar Kelantan Duduk Semeja

Dalam usaha memperkukuh pembangunan Islam di Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya telah melakukan pertemuan bersama ulama dan tuan-tuan guru dari madrasah serta pondok Kelantan di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Pertemuan ini bukan sekadar lawatan biasa, tetapi satu ruang bermakna untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu kritikal seperti pendidikan Islam, perpaduan ummah, dan hala tuju institusi pondok di negara ini.

image

Menurut Anwar, kerajaan amat komited dalam memperkukuh dasar Islam dalam sistem pendidikan dan memperkasakan institusi pondok sebagai benteng ilmu agama.

IKLAN

Saya amat menghargai pandangan dan nasihat yang disampaikan oleh para tuan guru, terutama dalam soal pendidikan turath serta cadangan untuk memperkasa peranan institusi pondok di Malaysia.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah kepentingan memperteguh semangat persaudaraan dan kasih sayang dalam kalangan umat Islam.

Perpaduan & kefahaman dalam masyarakat jadi fokus utama…

image

Ulama turut menegaskan keperluan untuk menghindari kebencian serta memastikan masyarakat memahami Islam dengan lebih mendalam.

Anwar juga memberi perhatian terhadap saranan agar kerajaan lebih giat menjelaskan inisiatif Madani dalam usaha memperkukuh Islam di negara ini.

Kami sependapat dalam banyak perkara, titik persamaan itu lebih besar daripada perbezaan.

Dalam ruang yang sama, saya turut menekankan tentang perkembangan komunikasi serta kerjasama yang semakin erat dengan YAB Menteri Besar Kelantan.

image

Melihat kepada manfaat pertemuan ini, Anwar berharap sesi perbincangan seperti ini dapat diteruskan kerana ia menjadi platform penting dalam merangka langkah-langkah terbaik demi kepentingan umat Islam dan pembangunan negara.

Buah fikiran dan nasihat para tuan guru amat saya hargai, dan saya percaya ia terpancar dari keikhlasan demi kesejahteraan rakyat dan negara seluruhnya.

#ApaKataOhmedia

Pertemuan seperti ini memberi harapan besar kepada pembangunan Islam di Malaysia. Jika kerjasama antara pemimpin dan ulama terus kukuh, institusi pondok serta sistem pendidikan Islam pasti dapat diperkasakan untuk generasi akan datang.

ohmedia anwar ibrahim ulama kelantan

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagtam Anwar Ibrahim


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas