Connect with us

Oh! Media

Anak Bekas Pemimpin Ditahan Lepas Polis Jumpa Dadah Dalam Kereta

Polis

Oh! Negara

Anak Bekas Pemimpin Ditahan Lepas Polis Jumpa Dadah Dalam Kereta

Anak bekas pemimpin negara ditahan di Lebuhraya Sprint selepas polis jumpa dadah dalam kereta.

Anak kepada seorang bekas pemimpin negara ditahan polis selepas ditemui dadah dalam kereta yang dipandunya di Lebuhraya Sprint, semalam.

Kes ini memang mengejutkan ramai sebab melibatkan individu berprofil tinggi.

Polis sahkan tangkapan anak bekas pemimpin…

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

IKLAN

Ya, saya sahkan.- Katanya ringkas ketika ditanya media.

Difahamkan, lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu dicekup ketika pihak polis mengadakan operasi pencegahan jenayah bersepadu di sekitar Damansara.

Jumpa heroin dan peralatan dadah…

Dalam operasi tersebut, pihak polis menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah. Penemuan itu terus menguatkan lagi alasan penahanan.

Sumber juga mendedahkan, suspek sebenarnya pernah mempunyai rekod lampau yang berkaitan dengan kes dadah sebelum ini.

Pssttt! Bila dengar kes macam ni, jelas sangat dadah memang tak kenal siapa pun. Tak kira anak orang biasa atau anak pemimpin, kalau terjebak tetap akan berdepan tindakan. Korang, jangan sekali-kali cuba dekati benda ni sebab sekali terjerat, susah nak berpatah balik.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas