Connect with us

Oh! Media

“Akhirnya Impian Ayah Tercapai” – Satu Keluarga Terkejut Jumpa PMX Makan Di Mamak

Ohmedia copy of Untitled Design 48

Oh! Negara

“Akhirnya Impian Ayah Tercapai” – Satu Keluarga Terkejut Jumpa PMX Makan Di Mamak

Siapa sangka, tengah menikmati makan malam di restoran mamak, tiba-tiba terserempak dengan Perdana Menteri yang duduk betul-betul di depan mata.

Namun, begitulah pengalaman yang dialami sebuah keluarga di restoran Nasi Kandar Stadium, Bandar Tun Razak semalam.

Terharu PMX ajak duduk berbual dan bergambar

Image
Kredit foto syxqrx

Menerusi akaun seorang pengguna Tiktok, beliau berkongsi sebuah video yang memaparkan keterujaan bapanya berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim atau kita semua kenali dengan panggilan PMX.

IKLAN

Sebenarnya kami semua terkejut apabila tiba-tiba PM dan keluarganya duduk di meja sebelah di mamak.

Ayah ingin bergambar dengan idolanya, tiba-tiba DSAI (Datuk Seri Anwar) ajak duduk di sebelahnya. What a dream come true.-Katanya

Dalam kapsyen video tersebut, wanita itu meluahkan rasa tidak percaya kerana dapat berpeluang bertemu dengan PMX dan keluarganya.

Ketika pertemuan itu, beliau turut berkongsi bahawa PMX adalah seorang yang sangat peramah dan rendah diri. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PMX kerana telah merealisasikan impian ayahnya.

@syxqrx

Still can’t believe i met @Anwar Ibrahim in person 🥹 DSAI and family is very humble and down to earth. My dad must be so happy. Thank you, PM! #anwaribrahim #primeminister #malaysia

♬ original sound – mentally unstable – Bubbles

Netizen puji PMX walaupun sibuk tetap cari masa bersama keluarga

470812808 1166522871495945 7227859292197606075 n
Kredit foto Instagram Anwar Ibrahim

Berdasarkan gambar yang dikongsi PMX di instagram, beliau turut memuat naik momen ke restoran itu bersama keluarganya.

Sempat melayani cucu-cucu yang kelaparan sebelum pulang ke rumah.-Katanya

Netizen juga turut meluahkan rasa bangga kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang sangat ‘humble’ dan memuji kesederhanaan PMX walaupun sibuk dengan tugas negara tetap mencari masa bersama keluarga.

Image
Image
Image

#OhmediaNasihat

Mungkin segelintir pihak menganggap perkara ini biasa, namun bukan mudah untuk kita dapat melihat Perdana Menteri lepak makan di tempat terbuka seperti kedai mamak dan lain-lain bersama cucu kerana sibuk uruskan negara.

Ohmedia copy of Untitled Design 48

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Tiktok & Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas