Connect with us

Oh! Media

#YTJT Tragedi 15 Februari, Ini Adalah Wira Melayu Yang Gugur Di Medan Perang

Oh! Lifestyle

#YTJT Tragedi 15 Februari, Ini Adalah Wira Melayu Yang Gugur Di Medan Perang

Umum mengetahui bahawa Perang Dunia Kedua telah memberi kesan yang mendalam kepada seluruh dunia. Tahun ini merupakan tahun yang ke-81 bagi tragedi gugurnya wira negara kita pada 15 Februari 1942.

ADVERTISEMENT

BACA: #YTJT – Tular Wanita Hamil Ketika Hamil, Ini Penjelasan Dari Sudut Sains

Kira-kira 7,000 tentera sukarelawan anak tempatan telah melaporkan diri bagi menjalankan tugas dalam perang besar itu.

Gugur di medan perang

Mereka dilatih dan ditugaskan berjuang di bawah perintah rejimen British, India dan Australia. Menurut laporan Utusan Malaysia, terdapat tujuh nama wira melayu yang tersenarai kerana gugur ketika peperangan itu.

Tiga daripada tujuh tentera sukarela Melayu merupakan anggota tentera Rejimen Melayu. Mereka merupakan Korporal Napi bin Ahmad, Prebet Ismail bin Mat dan Prebet Sulong bin Sudin.

Korporal Napi telah terbunuh akibat tembakan meriam katak di Buloh Kasap. Manakala, Prebet Ismail pula dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di Pasir Panjang, Singapura. Prebet Sulong bin Sudin maut ketika berperanan sebagai pengusung strecer pada hari-hari terakhir pasukan Rejimen Melayu beroperasi di Singapura.

Tiga lagi tentera Melayu yang tersenarai merupakan anggota Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSVF) dari Batalion 2 Selangor. Mereka dipercayai merupakan Zakaria bin Mat Yuda, Abdul Rani bin Malhmudin dan Busu bin Kussin.

Manakala lagi dua orang tentera yang terlibat merupakan Korporal Mohd. Radzi bin Mohd Yunus dan Sarjan Idrus bin Mohd Yunus. Konvoi trak mereka telah diserang hendap dan kecederaan parah yang dialami menyebabkan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Oleh itu, wajarlah kita untuk sentiasa mengingati dan menghormati pengorbanan mereka dalam mempertahankan negara.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas