Connect with us

Oh! Media

VIP SHOP (OHMEDIA)

Oh! Lifestyle

VIPSHOP Ubah Landskap Beli-belah Malaysia Menerusi Pelancaran Aplikasi Revolusioner

VIPSHOP, peruncit dalam talian terkemuka dari China, baru-baru ini mengumumkan pelancaran aplikasi membeli-belah yang akan mengubah cara pengguna berbelanja barangan mewah. Menarik mengenai platform ini, pengguna dapat membeli barangan mewah pada harga diskaun. 

Platform inovatif ini memperkenalkan pelbagai jenama premium yang merangkumi fesyen, sukan, kecantikan, dan banyak lagi. Semuanya direka khas untuk memenuhi citarasa pengguna Malaysia. 

IKLAN

Nikmati diskaun barangan mewah sehingga 70%

VIPSHOP bertekad untuk menyemarakkan kembali pengalaman membeli-belah dalam talian di Malaysia dengan menawarkan produk mewah tulen pada diskaun besar hingga 70%, disertai dengan penghantaran percuma dan polisi pemulangan tanpa masalah selama 15 hari.

Pengarah Pemasaran VIPSHOP SEA,  Sylvia Ong berkata dengan meluangkan rangkaian ke pasaran Malaysia, mereka komited menjadikan produk mewah lebih mudah diakses.

“Matlamat kami adalah untuk membawa jenama terkemuka dunia kepada rakyat Malaysia, memberikan mereka akses kepada jenama yang mereka cintai pada harga yang mereka impikan, dan dengan kemudahan terbaik. Seperti konsep kedai premium, pengguna kami boleh mengakses jenama terkenal seperti Coach, Michael Kors, Adidas, Puma, Lancôme, dan banyak lagi – semuanya dengan harga yang mereka inginkan, hanya dengan sentuhan jari,” kata Sylvia.

“Kami berhasrat untuk mencipta standard baru bagi kemewahan yang mampu di Malaysia, dan merevolusikan pengalaman membeli-belah dengan menyediakan 100% produk berjenama tulen, penghantaran percuma, dan pemulangan tanpa soalan.”

Pelbagai jenama mewah dalam satu aplikasi

Aplikasi VIPSHOP yang komprehensif membuka pintu kepada pelbagai jenama, termasuk label mewah terkemuka dan juga jenama kegemaran pengguna seperti Adidas, Puma, dan Lancôme. 

VIPSHOP juga memperkenalkan “gelombang-C” ke Malaysia dengan membawa masuk jenama China yang diiktiraf secara antarabangsa seperti ColorKey untuk kecantikan, Bananain untuk fesyen, dan ANTA untuk sukan. Dalam beberapa bulan akan datang, VIPSHOP berkomitmen untuk memperluaskan rangkaian jenama untuk memenuhi keperluan Malaysia dan menawarkan diskaun yang tidak dapat ditandingi untuk pengalaman membeli-belah yang luar biasa.

Sempena pelancaran ini, VIPSHOP menawarkan promosi terhad bermula 17 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023, di mana pengguna boleh menikmati diskaun sehingga 70% untuk barangan tertentu, penghantaran percuma sepanjang hari dan baucar beli-belah bernilai RM50 untuk semua.

Antara jenama yang terlibat dalam promosi ini termasuk Adidas, Coach, Puma, Skechers, Kiehl’s, L’Occitane, dan banyak lagi.

Jom sertailah pengalaman membeli-belah yang mengasyikkan di VIPSHOP dan jelajahi dunia tawaran luar biasa serta promosi eksklusif. 

VIPSHOP kini boleh dimuat turun di Gedung Google Play dan Gedung Apple. Untuk maklumat lanjut tentang jenama dan tawaran terkini, sila layari laman web rasmi mereka di https://www.vipshop.my/.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas