Connect with us

Oh! Media

Tak Makan Nasi Sebab Tak Nak Gemuk? Jangan Risau, Ini 5 Manfaat Nasi Putih!

nasi putih

Oh! Lifestyle

Tak Makan Nasi Sebab Tak Nak Gemuk? Jangan Risau, Ini 5 Manfaat Nasi Putih!

Nasi putih merupakan makanan yang mudah dicari dan sentiasa ada di Malaysia. Ada juga orang yang tak boleh hidup tanpa nasi kan? Dan ada juga orang yang takut nak makan nasi, sebab katanya nasi boleh menggemukkan! Betul ke?

ADVERTISEMENT

Haa persoalan ini selalu bermain di minda. Tapi korang rasa betul ke nasi tu boleh buat badan kita jadi gemuk? Haa korang tahu tak berapa jumlah kalori untuk satu senduk nasi?

Mesti tak tahu kan? Jom! Baca artikel ni sampai habis untuk tahu kalori nasi dan juga manfaat nasi yang mungkin korang tak tahu!

Kalori satu senduk nasi putih

nasi putih

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh United States Department of Agriculture National, satu cawan nasi putih (186 gram) yang telah dimasak memiliki 242 kalori, karbohidrat sebanyak 53.2 gram dan protein sebanyak 4.43 gram.

Kalau korang nak tahu, jumlah lemak dalam dan serat dalam satu cawan nasi putih ni boleh dikatakan sikit, sekitar 0.56 gram untuk jumlah serat dan 0.39 gram bagi lemak.

Haa kalau satu senduk nasi sekitar 75 gram pula memiliki 100 kalori! Tapi kalau dah masak nasi campur dengan bahan-bahan masakan lain seperti susu, minyak atau butter, jumlah kalori mestilah akan naik tinggi juga tau!

Jadi, bila dah banyak makan nasi, apa yang korang boleh buat? Untuk membakar 100 kalori, korang kena melakukan aktiviti berlari sekurang-kurangnya 10 minit ataupun 15 minit berbasikal! Barulah boleh bakar semua kalori yang dah masuk dalam badan tuu!

nasi putih

Kalau korang rasa nasi putih ni menggemukkan, korang silap! Korang sendiri yang sebenarnya perlu mengawal kuantiti nasi yang korang makan. Kalau korang makan dengan kuantiti yang tidak banyak, maka nasi putih ni tak akan menjadi punca untuk kegemukkan!

Kalau korang on-diet, jumlah yang disarankan untuk setiap hidangan ialah dalam 1/4 pinggan ataupun suku pinggan. Bukannya elak terus makan nasi tu, rugi la kalau duduk Malaysia tak makan nasi kan!

Untuk orang dewasa, setiap hari kita memerlukan 2,000 kalori tau, jadi 100 kalori untuk satu senduk nasi tu dah memang ngam untuk keperluan tubuh badan kita!

Kebaikan nasi putih

nasi putih

Banyak sebenarnya kebaikan nasi putih yang korang mungkin tak tahu. Nasi putih ni kalau diambil dalam jumlah yang terkawal, kalori dia tidaklah terlalu tinggi dan boleh memberi kebaikan kepada tubuh badan kita.

Banyak vitamin dan mineral yang ada dalam nasi putih yang boleh beri kebaikan kepada tubuh badan kita tau! Antaranya:

1. Tingkatkan kesihatan usus besar

Nasi putih yang dah dimasak dan disejukkan memiliki kandungan kanji degil yang lebih tinggi.

Jadi apa kebaikan kanji degil ni?

Haa, ada kajian mengatakan kanji degil ni boleh merangsang pembentukan asid lemak yang bantu kekalkan kesihatan usus besar. Asid lemak pun boleh membantu mengurangkan risiko kanser kolorektal.

2. Tak ada gluten, selamat untuk pesakit seliak!

Okay bagi sesiapa yang allergy dengan gluten dan tak boleh ambil gluten, jangan risau! Korang boleh makan nasi putih kerana ianya dijamin selamat!

3. Mudah dihadam

Korang semua dah tahu kalori untuk satu cawan dan sesenduk nasi kan? Walaupun kalori nasi ni agak tinggi, tapi nasi merupakan antara makanan yang mudah dihadam tau!

Masa untuk mencerna nasi sangatlah singkat berbanding sayuran hijau atau daging. Jadi, kalau ada isteri, anak-anak, mak ayah yang sakit, nasi putih ni selamat dan mudah untuk dihidang kepada mereka.

4. Beri tenaga yang pantas

Haa, bestnya nasi putih ni, ia memiliki jumlah karbohidrat yang tinggi dan kurang serat! Jadi, untuk atlet yang perlukan lebih banyak tenaga, korang bolehlah dapatkan karbohidrat dengan memakan nasi putih.

Metsi ada yang tertanya-tanya kenapa boleh dapat tenaga dengan pantas kan? Sebabnya, bila nasi putih mudah dihadam, proses penyerapan tenaga pun akan jadi dengan lebih pantas!

5. Beri kekuatan tulang, saraf dan otot

Kalau korang nak tahu, nasi putih memiliki kandungan magnesium yang agak tinggi. Magnesium ialah satu komponen struktur tulang yang bantu dalam tindak balas enzim yang terlibat dalam sintesis DNA dan protein.

Setiap hari, badan kita memerlukan dalam 420 mg magnesium, jadi nasi putih adalah makanan yang sangat sesuai untuk memenuhi keperluan ini.

Magnesium juga diperlukan untuk pengaliran saraf dan pengecutan otot yang betul dan membantu untuk beri tidur yang cukup dan berkualiti!

Jadi, jangan risau kalau korang nak diet dan nasi putih adalah favorite korang! Apa yang perlu dibuat hanya perlu kekal aktif, bersukan agar kalori nasi yang dimakan itu mudah terbakar.

Bila kalori mudah dibakar, berat badan pun tak akan naik, hati pun senang!

Harap artikel ini dapat membantu anda semua menyelesaikan masalah berkaitan dengan nasi putih. Jangan takut untuk makan tau! Rajinkan exercise je hari-hari okay!

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas