Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami sakit kepala di bahagian tertentu tanpa mengetahui apakah punca sakit kepala sebelah kiri atau kanan yang sebenar.
Bagi mengelakkan sakit kepala tersebut daripada mengganggu aktiviti harian korang, ianya penting untuk mengetahui cara hilangkan sakit kepala di sebelah kiri.
Sakit kepala sebelah kiri boleh berlaku kerana pelbagai sebab dan ia mungkin berbeza bagi setiap individu.
Berikut adalah antara punca sakit kepala sebelah kiri dan cara untuk mengatasinya.
Punca sakit kepala sebelah kiri
Tekanan
Tekanan sama ada fizikal atau emosi, adalah salah satu punca utama sakit kepala. Apabila seseorang berasa tertekan, otot di sekitar kepala, leher dan bahu mungkin menegang. Ketegangan ini boleh menyebabkan sakit kepala sebelah kiri.
Migrain
Migrain adalah jenis sakit kepala yang kuat dan boleh berlaku di satu sisi kepala. Ia boleh disertai dengan simptom lain seperti mual, muntah dan sensitiviti terhadap cahaya atau bunyi.
Sebab-sebab migrain termasuklah perubahan dalam keseimbangan kimia otak atau kesan daripada makanan tertentu.
Ketegangan otot
Otot yang tegang di sekitar kepala dan leher boleh menyebabkan sakit kepala sebelah kiri. Ini boleh berlaku kerana postur yang buruk, tidur dalam posisi yang salah, atau kerana kecederaan.
Pengambilan makanan atau minuman tertentu
Beberapa jenis makanan atau minuman boleh memicu sakit kepala, terutamanya jika seseorang sensitif terhadapnya. Contohnya, alkohol, kafein atau makanan yang mengandungi pengawet tertentu.
5 cara hilangkan sakit kepala sebelah kiri
Pengambilan ubat
Ubat seperti paracetamol atau ibuprofen boleh membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan di kepala.
Pastikan korang mengikuti arahan pada label dan berbincang dengan doktor atau ahli farmasi jika tidak begitu pasti.
Rehat dan tidur
Kadang-kadang, sakit kepala boleh disebabkan oleh keletihan atau kurang tidur. Jadi, korang perlu ambil masa untuk berehat dan tidur dengan secukupnya.
Kualiti tidur yang baik dapat memperbaharui tenaga dan mengurangkan ketegangan yang mungkin menyebabkan sakit kepala.
Elakkan cahaya terang
Cahaya terang terutamanya dari skrin komputer atau telefon bimbit boleh memburukkan sakit kepala korang.
Cuba duduk di tempat yang gelap atau pakai cermin mata hitam untuk melindungi mata daripada cahaya yang menyilaukan.
Urut
Urutan lembut di bahagian kepala, leher dan bahu boleh membantu mengurangkan ketegangan yang menyebabkan sakit kepala.
Teknik-teknik urutan tertentu boleh merangsang aliran darah dan oksigen ke kepala sekali gus mengurangkan kesakitan.
Kompres sejuk
Letakkan kompres sejuk atau ais pada dahi korang selama 15 minit. Ini dapat membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan.
Kesejukan dari kompres membantu mengecilkan saluran darah, mengurangkan aliran darah ke kawasan tersebut dan mengurangkan kesakitan.