Connect with us
Perbankan Digital Hong Leong Bank HLB Connect

Branded

Rugi Kalau Tak Muat Turun, Aplikasi Digital Bank Tawar Semua Jenis Kemudahan Untuk Segala Urusan Perbankan!

Siapa dekat sini kaki travel, nak mula melabur atau mempunyai perniagaan jenis milikan tunggal, jom mudahkan lagi urusan perbankan dengan aplikasi HLB Connect! 

Apa yang best dengan aplikasi digital bank ini adalah ia menyediakan pelbagai khidmat perbankan yang memudahkan lagi urusan korang tau. Lagi best, aplikasi HLB Connect akan sentiasa membantu korang tak kira di mana saja korang berada! 

Untuk pengguna aplikasi perbankan HLB Connect, mereka ada berita gempar nak bagitahu korang! Kalau nak tahu, meh sini meh kami kongsi dulu tentang kelebihan aplikasi HLB Connect.

Kaki Travel Pasti Akan Menghargai Ciri Ini, Menjadikan Perjalanan Lebih Mudah & Tidak Menyusahkan

Menghitung hari untuk melancong, tapi sebelum itu mesti kena beratur panjang untuk tukar duit betul tak? Kalau kami kata ada pilihan lebih baik dan lebih mudah, korang percaya tak? 

Percaya ataupun tidak, korang akan lebih seronok ketika melancong kalau korang guna ciri HLB Connect’s Multi-Currency (Pay & Save Account/-i) yang membolehkan korang untuk menukar dan menyimpan sehingga 12 jenis mata wang asing pada kadar yang kompetitif.

Ini termasuk mata wang asing seperti AUD, GBP, USD dan banyak lagi, serta korang boleh tukar pada bila-bila masa, tak kira di mana saja korang berada. Senangnya!

Walaupun korang belum melancong lagi, tapi kalau korang ternampak kadar pertukaran adalah pada kadar pilihan yang diinginkan, korang dengan mudahnya boleh menukar dan menyimpan mata wang pada HLB Connect untuk mudahkan lagi perjalanan masa akan datang tau. 

Selain itu, korang juga boleh memaksimumkan potensi simpanan dengan Pay & Save Account/-i dengan memperoleh faedah atau keuntungan apabila menyimpan, membayar, menghantar dan melabur. Macam ni, buat lagi rasa tak sabar nak melancong!

Beraspirasi Untuk Hidup Mewah? Banyak Cara Untuk Kembangkan Lagi Pelaburan & Membina Status Korang Tau!

Jadi, kalau korang berhasrat untuk mengembangkan simpanan dan mempelbagaikan pelaburan, HLB Wealth (Pelaburan Dalam Talian) adalah yang terbaik sebab ia akan bantu mengenal pasti risiko dalam talian. 

Kemudian, korang boleh mencari pelaburan yang sesuai dengan risiko korang dan korang mempunyai pilihan yang luas daripada dana Unit Amanah tersedia di HLB Wealth. Wah, mudahnya!

Selain itu, korang bukan saja boleh segera mula dengan HLB Connect Online, malah korang juga boleh mula dari kecil dengan melabur serendah RM50 secara kerap dan biarkan wang korang beranak. Haa, nanti bolehlah korang nikmati segala perkara yang korang idamkan!

Ada Anak Muda? Pastikan Korang Didik Mereka Dengan Tanam Tabiat Kewangan Baik Dari Usia Muda

Sebagai ibu bapa, semestinya kita ingin yang terbaik untuk anak-anak kita betul tak? Jadi, salah satu cara yang kita boleh buat adalah mengajar mereka tentang tabiat kewangan sejak mereka kecil lagi. Tapi, macam mana?

Haa, apa kata korang perkenalkan HLB Pocket Connect, iaitu aplikasi Duit Poket  pertama di Malaysia yang direka khas untuk pemegang akaun HLB 3-in-1 Junior Account/-i. Wow!

Menerusi aplikasi ini, anak-anak korang berpeluang untuk belajar bagaimana untuk mendapatkan, berbelanja serta menyimpan wang dengan lebih bertanggungjawab. 

Sebagai contoh, kalau anak-anak korang teringin nak ada sebuah basikal, mereka boleh menetapkan matlamat mereka dalam aplikasi HLB Pocket Connect. 

Kemudian, korang boleh memberi beberapa tugasan yang perlu diselesaikan untuk mula menyimpan, dan apabila matlamat tercapai, mereka boleh menggunakan Kad Debit Junior HLB untuk membeli basikal. Mudahnya!

Dalam masa yang sama, dengan aplikasi ini, korang dapat menyemai tabiat kewangan yang baik dengan menetapkan had perbelanjaan dan memantau perbelanjaan mereka. 

Ingin Kehidupan Selesa Untuk Diri Sendiri & Generasi Akan Datang? Ini Cara Yang Lebih Senang Dalam Mencapai Matlamat Korang!

Siapa yang tengah mencari cara selamat dalam membina kekayaan untuk diri sendiri dan generasi akan datang tu, jom cuba Deposit eFixed/eFixed-i daripada HLB. 

Apa yang best, ia dapat berikan ketenangan kepada korang dengan membolehkan korang untuk mengorak langkah ke arah matlamat kewangan yang lebih mampan, paling penting kadar pulang adalah terjamin!

Selain itu, korang juga boleh memanfaatkan sepenuhnya dengan menikmati kadar dan tempoh promosi yang khas untuk HLB Connect sahaja!

Contohnya, kalau korang tengah mencari pilihan simpanan yang lebih selamat untuk pelan simpanan jangka panjang, korang boleh buat penempatan melalui HLB Connect dengan mudah dan menikmati kadar terkini. 

Jadi, korang boleh duduk goyang kaki di rumah sambil melihat simpanan korang berkembang. Tak sabarnya!

Adakah Korang Memiliki Perniagaan & Memerlukan Bantuan Untuk Mengembangkan Lagi? HLB Kan Ada!

Kalau korang memiliki perniagaan, kami jamin tugasan harian pasti membebankan dan korang akan mencari sokongan untuk memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan baik dan terus berkembang betul tak?

Jangan pening kepala, dengan HLB Connect untuk Pemilik Tunggal (Sole Proprietor), korang boleh beri tugasan kepada pekerja menerusi ciri Admin Clerk, agar mereka boleh bantu korang dalam melakukan pemindahan dana atau pembayaran bil. 

Apa yang korang perlu buat adalah hanya meluluskan urusniaga pada bila-bila masa tak kira di mana saja korang berada. Senangkan?

Paling penting, korang juga akan mempunyai kawalan penuh ke atas akses ciri ini, termasuk menetapkan jenis dan had transaksi. 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk nikmati pengalaman perbankan yang dipermudahkan sebagai pemilik tunggal, semuanya di satu tempat melalui HLB Connect, yang dapat membantu dengan tugasan harian agar korang boleh fokus pada mengembangkan perniagaan.

Transfer Saja & Mereka Kini Boleh ‘Go Cashless’

Untuk korang yang mempunyai anak remaja berusia 12 hingga 17 tahun, HLB Wallet/-i adalah teman perbankan terbaik untuk mereka!

Kenapa kami kata teman perbankan terbaik? Sebab ia mempunyai Pulangan Tunai Segera (Instant Cashback) kalau korang buat transaksi digital seperti QR Pay, tambah nilai mudah alih atau pemindahan dana tau. Baguskan? 

Bukan itu saja, mereka juga akan menerima kad debit supaya mereka boleh pergi ke mana saja tanpa perlu membawa sejumlah wang tunai. 

Kalau nak mohon HLB Wallet/-i ni senang saja, muat turun aplikasi Apply@HLB di App Store, Play Store atau HUAWEI App Gallery untuk mendaftar. Pastikan dapat kebenaran daripada ibu bapa dulu sebelum mohon okay? 

Psst, korang juga berpeluang untuk memperoleh Pulangan Tunai Tanpa Had sehingga 7 September 2024. 

Melengkapkan Gaya Hidup, HLB Connect Hadir Dengan Pelbagai Ganjaran Hebat!

Tak kira kalau korang seorang yang mencintai pengembaraan, atau seorang yang family oriented, atau seorang yang gemar menikmati barangan mewah, HLB Connect nak melengkapi gaya hidup korang dengan ganjaran hebat tau! Seriuslah?!

Daripada hadiah mewah seperti BMW iX2 hingga ganjaran harian yang korang boleh nikmati bersama keluarga tercinta, semua ganjaran ini akan diberikan tanpa terkecuali!

Apa yang korang perlu buat adalah sertai peraduan HLB Connect dari sekarang hingga 7 September 2024 dengan hanya melakukan transaksi layak – lebih banyak urusniaga dilakukan, lebih tinggi peluang untuk korang menang! 

Antara ganjaran hebat yang HLB Connect nak bagi kepada korang adalah:

– BMW iX2 (1x pemenang)

– iPhone 15 Pro Max (5x pemenang)

– Baucar percutian bernilai RM3,000 (10x pemenang)

– Pulangan tunai RM70 (2,500x pemenang)

Wah, banyaknya ganjaran untuk dimenangi! Korang nak tahu lebih lanjut tentang HLB Connect dalam menyokong perjalanan kewangan? Layari laman web rasmi mereka di Hong Leong Bank.  

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat.

Lagi dalam kategori Branded

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas