Connect with us

Oh! Media

PUMA Anjur Showcase ISTIMEWA Buat Peminat Bola Sepak! Legenda Bola Sepak Malaysia Pun Ada!

Branded

PUMA Anjur Showcase ISTIMEWA Buat Peminat Bola Sepak! Legenda Bola Sepak Malaysia Pun Ada!

Bola sepak adalah antara sukan yang dominan di kalangan peminatnya.Tidak kira dalam atau luar negara, setiap orang pasti ada pasukan yang diminati. Sebut sahaja pasal bola, pasti akan terbayang bagaimana suasananya yang meriah dengan bunyi sorakan daripada penonton. 

Bukan hanya sekadar sukan, bola sepak juga berperanan dalam menyatupadu pelbagai kaum di seluruh negara. Bahkan, dalam setiap pasukan bola sepak juga kita dapat mempelajari nilai berdaya saing, semangat berpasukan, nasionalisme, persahabatan dan semangat sepasukan. Menarik kan?

Cakap tentang bola korang tahu tak yang baru-baru ni jenama sukan global, PUMA sedang menganjurkan showcase PUMA’s House Of Football berlangsung pada 1 November 2022- 8 November 2022 bertempat di IOI City Mall, Putrajaya. Ada banyak aktiviti best tau, sempat lagi nak join ni. 

Meraikan Keindahan Sukan Bola Sepak

PUMA’s House Of Football ini dianjurkan bagi meraikan sukan bola sepak, tidak kira pasukan bola sepak tanah air mahupun liga Inggeris. Bukan itu sahaja, showcase ini juga bertujuan untuk mengukuhkan sokongan komuniti terhadap jenama PUMA yang terkenal dengan barangan sukan sesuai dengan sukan bola sepak.

Psst..psst.. Min dengar cerita salah satu perkara menarik yang ada dekat sana adalah ‘Walk Down Football History’. Di sini, PUMA akan mempamerkan pelbagai barangan terpilih yang cukup ikonik daripada beberapa negara yang sinonim dengan jenama PUMA . Smart woo!

Revolusi Kepakaran PUMA Menyediakan But Bola Sepak Legenda Terkemuka

Jenama PUMA sangat terkenal dengan kelengkapan dan peralatan sukan yang lengkap serta kualiti yang diyakini ramai. Bermula dari hujung rambut sampai hujung kaki, apa sahaja barangan sukan khususnya bola sepak pasti ada.

Pencinta PUMA pasti tahu tentang but bola sepak pertama dari PUMA iaitu Super Atom yang dibuat pada tahun 1952. Tahun demi tahun, PUMA mula menginovasi dan menjual pelbagai jenis but bola sepak yang dilengkapi dengan variasi warna dan reka bentuk yang sesuai pada masa kini.

Inovasi Penggunaan Warna Yang Memukau Bagi Koleksi But Bola Sepak Ultra, Future Dan PUMA King 

Apa yang Ohmedia perasan, but bola sepak dari jenama PUMA ini banyak bermain dengan  warna yang bold dan elegan yang sememangnya akan menarik minat orang ramai untuk membeli. Min pun dah tertarik nak beli!

Korang nak tahu tak, terdapat tiga koleksi but bola sepak yang  mendapat tempat dalam kalangan peminat PUMA dan pencinta bola sepak! Yang pertama adalah Ultra. Koleksi but bola sepak Ultra ini mengeluarkan design dengan gabungan warna yang menarik seperti warna ungu, merah jambu, oren, kelabu, hijau dan hitam. Uniknya,  terdapat tulisan ‘ULTRA’ pada bahagian tepi but dengan warna tulisan yang cukup memukau.

Koleksi kedua ni rare sikit.. Kalau dah bintang sensasi bola sepak antarabngsa, Neymar Jr pun pakai, mestilah bagus kan? Reka bentuk but ini menarik minat Min kerana terdapat logo PUMA pada bahagian depan dan belakang but tersebut. 

Bagi koleksi Future pula, ia hadir dengan variasi warna seperti warna oren,merah, biru, hitam yang pastinya cukup menawan. Kalau kasut warna bold, mestilah senang nak nampak kan?

Nak warna yang lebih elegan? Mestilah ada! 

Koleksi PUMA King sangat sesuai buat mereka yang menginginkan keselesaan dalam masa yang sama mahukan sedikit mainan warna pada but bola sepak yang digunakan. Memang terbaik!

Korang boleh rasai sendiri pengalaman berjalan di walk illustration yang menampilkan sembilan but bola sepak dan melihat sendiri evolusi dan inovasi kepakaran PUMA dalam bola sepak sejak dari tahun 1952. Lama betul!

Lebih menarik, kesemua but bola sepak yang dipamerkan ini telah dipakai oleh legenda bola sepak luar negara. Antaranya Pelé, Diego Maradona, Lothar Matthäus, Antoine Griezmann dan Neymar Jr. Kalau nak tahu lebih lagi, korang kenalah serbu showcase PUMA!

Melihat Sendiri Keunikan 27 Jersey Dari Pelbagai Pasukan, AC Milan Pun Ada!

Bersesuaian dengan jenama sukan global, mestilah ada jersi jugak kan? Showcase ini mempamerkan 27 reka bentuk jersi dari 22 pasukan bola sepak yang berlainan di seluruh negara. Bermula dari pasukan bola sepak antarabangsa seperti Manchester City, AC Milan, Italy, Senegal hingga pasukan bola sepak tanah air seperti PJ City dan Penang FC.

Kenang Kembali Kenangan Manis Bola Sepak Tanah Air Bersama PUMA

Sentuh berkaitan sukan bola sepak ni, mesti korang teringat kan momen manis sewaktu pasukan Malaysia menang dan sebagainya kan? Tapi korang masih ingat ke hero di sebalik detik bersejarah tu?

Haa, jom datang ke showcase ini dan korang berpeluang untuk melihat video eksklusif wira bola sepak Malaysia seperti Zaquan Adha, Razman Roslan dan Mahali Jasuli. Tidak terlepas juga, bakat baru yang sedang digilap seperti Danish Haziq,Nabil Hakim dan Adam Nadzmi yang sekarang sedang berada di kemuncak kegemilangan mereka.

Special Booth Buat Legenda Bola Sepak Tanah Air

Sama juga dalam sukan bola sepak, tiada lama, tiada yang baru. Sedikit kelainan yang dibawa oleh PUMA adalah mereka menyediakan booth khas buat legenda bola sepak Malaysia iaitu 

Datuk Wira “Tauke” Soh Chin Ann, Datuk Santokh Singh, dan Datuk James Wong .

Ini bagi memperingati jasa bakti mereka terutamanya sebagai ahli pasukan yang membawa Malaysia layak ke acara sukan global yang cukup terkenal iaitu Sukan Olimpik Musim Panas 1980. Makin MENARIK ni!

Menang Hadiah Eksklusif Dan Custom Jersi Peribadi Secara PERCUMA

Istimewa buat korang yang dah shopping sakan di sana nanti, korang boleh ambil bahagian dalam aktivitilapangan yang dianjurkan seperti “Footie Pong” dan korang  berpeluang untuk menebus Hadiah Misteri PERCUMA daripada PUMA! 

Caranya, daftar sahaja di kaunter info dan selesaikan ‘MISI’ yang diberikan. Senang je!

Selain itu, dengan setiap pembelian barangan bola sepak PUMA daripada AL-Ikhsan & Sport Direct IOI City Mall dari 1-8 November 2022, korang boleh menikmati perkhidmatan pencetakan haba pada jersi yang dibeli secara PERCUMA! 

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan sejarah dan legasi bola sepak di PUMA House of Football!

Maklumat lanjut mengenai showcase PUMA House of Football, layari akaun Facebook PUMA  sekarang!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas