Connect with us

Oh! Media

Produk Kecantikan Top 1 Indonesia, Somethinc Mula ‘Melokal’

Oh! Lifestyle

Produk Kecantikan Top 1 Indonesia, Somethinc Mula ‘Melokal’

Cakap tentang produk kecantikan ni memang tak kan pernah habis. Baru-baru ni Ohmedia telah dijemput ke majlis makan malam dan pengenalan kepada satu jenama produk kecantikan dan penjagaan wajah terkenal daripada Indonesia, Somethinc.

ADVERTISEMENT

Pada mereka yang selalu berada di TikTok, jenama ini pasti bukannya satu yang asing kerana beberapa produk penjagaan wajah Somethinc seperti serum sering mendapat review yang baik kerana keberkesanannya dan paling penting harga mesra pengguna.

Somethinc guna formula berkualiti untuk masalah wajah!

Kalau korang nak tau, Somethinc ni boleh dikatakan satu jenama baru di pasaran Indonesia yang dilancarkan pada tahun 2019. Tapi apa yang menariknya, jenama ini berjaya menjadi salah satu jenama paling top di negara jiran kerana keberkesanannya setanding produk antarabangsa.

Menurut pengasasnya, Irene Ursula, Somethinc dicipta bagi memahami masalah kulit tempatan. Jadi produk mereka sangat mesra pengguna.

Melihat kepada beberapa produk Indonesia yang ‘berjaya’ di pasaran Malaysia, kami yakin yang brand Somethinc ni memiliki sesuatu yang istimewa.

Tona warna sesuai dengan kulit Malaysia

Tapi sebenarnya apa yang berjaya menarik perhatian kami ialah range produk kecantikannya yang menawarkan tona warna masyarakat Asia Tenggara yang sedikit tan.

Ini kerana kebanyakan produk kecantikan di pasaran ketika ini, menawarkan tona yang mengikut standard antarabangsa dan K-Beauty. Untuk kami yang memiliki tona orang kebanyakan ni agak sukar untuk memilih foundation yang ‘masuk’ dengan kulit.

Kami telah diberi kesempatan untuk mencuba sendiri beberapa produk kecantikannya seperti Human Breathable UV Cushion dan Copy Paste Breathable Cushion.

Cushion ni ditawarkan dengan 8 tona warna berbeza dan boleh dikatakan warna kulit serumpun.

Bukan itu saja, Somethinc turut memperkenalkan produk penjagaan wajah terbaru, Calm Down! ke pasaran Malaysia. Range ni mensasarkan mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif atau yang sering bertukar produk penjagaan wajah.

Nak tau lebih lanjut mengenai Somethinc ni korang boleh follow mereka di Instagram dan TikTok.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas