Connect with us

Oh! Media

Penguatkuasaan Larangan Penjualan Arak Masih Dalam Perbincangan

arak

Oh! Lifestyle

Penguatkuasaan Larangan Penjualan Arak Masih Dalam Perbincangan

Walaupun Malaysia pada asasnya menjadikan Islam sebagai agama rasmi, tetapi masih banyak perkara yang perlu kita perbaiki. Antara isu yang penting untuk dibincangkan adalah tentang penjualan minuman keras, arak secara terbuka yang sangat tidak wajar.

ADVERTISEMENT

Walaupun kita tahu minuman ini hanya boleh diminum mereka yang bukan beragama Islam, tetapi penjualan secara terbuka membuatkan sesiapa sahaja boleh mendapatkan minuman ini. Selain itu, penjualan minuman keras yang tidak terkawal juga dilihat hanya menyebabkan perkara buruk. Contohnya, kes kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk sehingga ada yang menyebabkan kematian mereka tidak bersalah.

Baru-baru ini, YB Teresa Kok (PH-Seputeh) ada mengajukan soalan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim tentang arak. Dia mempersoal tentang adakan kementerian itu masih meneruskan perbincangan bersama pihak terlibat dalam isu itu.

Perjumpaan ini belum habis lagi, kita bukan sahaja fikir tentang (kepentingan) penjual, malah tentang orang yang membeli. Kerajaan Keluarga Malaysia menghormati orang Islam dan bukan Islam.

Saya tak mahu buat keputusan dengan keadaan Yang Berhormat Teresa terbuku tidak puas hati. Saya pun tak seronok untuk membuat keputusan. – Katanya.

Sebelum itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan larangan penjualan arak ini sehingga 31 Oktober bagi memberi laluan perbincangan lanjut.

Ini melibatkan masalah anak muda kembali membeli minuman itu dan terdapat juga minuman yang tidak dibenarkan Kementerian Kesihatan dijual di mana-mana-mana. Ini membimbangkan dan kita terpaksa adakan undang-undang untuk menyekat kemudahdapatan minuman itu. – Tambah Shahidan.

Apa yang dinyatakan itu sangat tepat dan semoga jalan penyelesaian yang terbaik dapat dilaksanakan.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

30 Hari Paling Trending

To Top