Oh! Lifestyle

Pengambilan Gula Berlebihan Seperti Manisan Viral Tanghulu Bahaya Pada Kesihatan

Published on

Baru-baru ini, sudah viral di kalangan rakyat Malaysia manisan Tanghulu yang berasal dari China dan Korea.

Manisan Tanghulu merupakan buah-buahan seperti strawberi, limau atau anggur dan disaluti dengan air yang tinggi kandungan gulanya.

Kemudian, manisan ini perlu dicelup ke dalam air sejuk bagi menghasilkan gula yang rangup.

Walau bagaimanapun, kandungan gula yang tinggi ini boleh menimbulkan masalah kesihatan yang membimbangkan kepada rakyat Malaysia.

Pengambilan gula berlebihan boleh mendatangkan lima kesan berbahaya untuk kesihatan korang.

Pertambahan berat badan (obesiti)

Jika korang kerap mengambil minuman manis ia akan menyebabkan penambahan berat badan.

Malah, ia juga meningkatkan jumlah lemak viseral dalam perut yang dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.

Risiko diabetes jenis 2

Pengambilan gula berlebihan untuk tempoh yang panjang mendorong kepada rintangan insulin hormon yang dihasilkan pankreas untuk mengawal glukosa.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan paras gula dalam darah naik mencanak dan meningkatkan risiko diabetes. 

Cepat kehabisan tenaga

Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan kadar insulin dan gula dalam darah naik mendadak sekaligus meningkatkan kadar tenaga.

Namun, lonjakan tenaga ini adalah untuk tempoh sekejap saja dikenali sebagai sugar crush dan memberi kesan kepada individu lebih kerap mengantuk.

Hati berlemak 

Pengambilan fruktosa tinggi secara konsisten dikaitkan dengan peningkatan risiko hati berlemak kerana karbohidrat sederhana atau gula ini hanya dicernakan oleh hati.

Kebanyakan gula tambahan adalah dalam bentuk fruktosa yang membebankan hati dan meningkatkan risiko penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD) keadaan dicirikan dengan pengumpulan lemak berlebihan dalam hati.

Risiko kemurungan meningkat 

Makanan dan minuman yang mempunyai kadar gula tambahan yang tinggi boleh meningkatkan peluang untuk mengalami kemurungan.

Ini bertentangan dengan makanan diet sihat yang membantu meningkatkan emosi seseorang.

BACA: Ini 5 Tips Diet Yang Perlu Diikuti Untuk Beginner!

Sebelum ini kami ada kongsikan beberapa tip diet yang boleh diikuti untuk mereka yang baru mula untuk diet.

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7298328884796296456?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Exit mobile version