Connect with us

Oh! Media

Negeri Sembilan FC Mohon Maaf Selepas 20 Pemain Positif Covid-19

nsfc

Oh! Lifestyle

Negeri Sembilan FC Mohon Maaf Selepas 20 Pemain Positif Covid-19

Juara Liga Perdana, pasukan Negeri Sembilan FC melaporkan 20 pemain dan 4 orang pegawai mereka positif Covid-19. Ini menyebabkan pasukan itu menjadi lumpuh sehingga terpaksa membatalkan beberapa perlawanan.

ADVERTISEMENT

Pihak Negeri Sembilan FC juga terpaksa menarik diri daripada beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia yang akan bersambung hujung bulan ini.

Pemain dan pegawai yang dijangkiti terpaksa menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di rumah sendiri.

Ujian pengesanan Covid-19 secara berterusan masih dijalankan bagi kontak pemain dan pegawai NSFC yang terbabit. Pihak NSFC ingin memohon kemaafan kepada penyokong pasukan kerana hal ini juga membabitkan pembatalan perlawanan persahabatan Kuching City FC yang sepatutnya berlangsung pada 20 Oktober lalu.

Selain NSFC, pasukan lain seperti Kedah FC, Kuching City FC dan Sarawak United turut mengalami masalah sama sehingga terpaksa menunda beberapa perlawanan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas