Connect with us

Oh! Media

Nasi Cepat Basi? Jom Ikut Petua Ni, Boleh Tahan 2 Hari!

basi

Oh! Lifestyle

Nasi Cepat Basi? Jom Ikut Petua Ni, Boleh Tahan 2 Hari!

Korang selalu tak buang nasi dalam periuk sebab dah basi, tak boleh nak makan walaupun baru semalam masak? Mesti ramai yang macam tu kan? Masak banyak-banyak lepastu nasi terbuang sebab basi, jadi membazir pulak.

ADVERTISEMENT

Kalau korang selalu ada masalah macam ni, dah tak perlu risau dah! Baru-baru ni ada seorang wanita berkongsi tips atau petua orang dulu-dulu untuk elak nasi cepat basi. Peh, memang tips ni bukan sekadar tips, tapi memang berhasil! Ada yang buat petua ni, nasi boleh tahan sampai dua hari.

Menerusi TikTok hajaribrahim110, dia telah berikan tips untuk elak nasi cepat basi dengan terlangkupkan periuk atas dapur dan buka api!

Tips nak elak nasi cepat basi

@hajaribrahim110 nasi cepat basi ? boleh cuba tips ni. moga bermanfaat. #tipsDapur #ayaqtanganhajaribrahim ♬ Lanjut – SAYA ARTIS

Apa yang korang kena buat, pertama sekali kena cuci periuk nasi dengan bersih. Lepas cuci, telangkupkan periuk nasi tu dekat atas dapur dan hidupkan api dengan perlahan. Biarkan periuk tu sehingga air kering atau dalam anggaran 5 minit macam tu.

Lepas korang buat step di atas, boleh masak nasi macam biasa and boleh tahan sampai 2 hari tau nasi ni!

basi

Ramai juga yang dah cuba tips ni dan cakap memang nasi akan lebih tahan, tak cepat basi. Jadi korang apa tunggu lagi? Cepat cuba dan kongsikan dengan ahli keluarga yang lain. Benda baik kena kongsi, tak boleh simpan sorang-sorang! Hehe.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas