Connect with us

Oh! Media

Menang Dua Kali Berturut-Turut, Upin & Ipin Tewaskan Animasi Korea Selatan Dan AS

Oh! Lifestyle

Menang Dua Kali Berturut-Turut, Upin & Ipin Tewaskan Animasi Korea Selatan Dan AS

Umum mengetahui, Upin & Ipin merupakan salah satu animasi tanah air yang telah mencipta pelbagai rekod serta cemerlang dalam setiap siri atau filem tayangannya.

ADVERTISEMENT

Siapa sangka, animasi yang mula disiarkan pada tahun 2007 dan berperanan dalam mendidik anak-anak dalam menerapkan nilai-nilai murni telah pun menjangkaui 15 musim.

Selain itu, Upin & Ipin juga pernah disenaraikan dalam Malaysian Book of Records pada tahun 2011 sebagai animasi paling berjaya atas kejayaannya menambat hati penonton di dalam dan luar negara.

Upin & Ipin raih anugerah di Indonesia, menang dua kali berturut-turut

Bagaimanapun, animasi tersebut sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara selepas meraih kemenangan dalam Anugerah Penyiaran Ramah Anak (APRA) 2021 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 27 Novmber lalu.

APRA merupakan majlis anugerah anjuran Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) yang diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada program televisyen negara jiran.

Perkara itu dikongsikan di laman Instagram milik Les’ Copaque memaparkan detik-detik manis dalam menerima anugerah tersebut menerusi kategori Program Animasi Asing.

Lebih mengujakan, Upin & Ipin telah meraih anugerah berkenaan buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan program animasi dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Berjaya memartabatkan animasi tempatan, tepis persepsi buruk segilintir netizen

Menurut Pengarah Kandungan Kreatif Les’Copaque Production Sdn Bhd, Nur Naquyah Burhanuddin, kemenangan itu sedikit sebanyak mampu menepis persepsi buruk segelintir masyarakat terhadap animasi itu.

Ini membuktikan Upin & Ipin berjaya memartabatkan animasi tempatan ke peringkat antarabangsa. Jadi, tekaan sesetengah pihak yang beranggapan Upin & Ipin hanya jaguh kampung meleset sama sekali.

Upin & Ipin sudah sampai ke Indonesia dan berjaya membawa pulang trofi, mengalahkan animasi dari Korea Selatan, AS dan lain-lain negara.

Bukan sekali, tetapi dua kali berturut-turut. Jadi, benarlah Upin & Ipin adalah siri animasi kesayangan Indonesia.

Dalam pada itu, Naquyah juga turut memaklumkan bahawa animasi tersebut bakal tampil dengan musim ke-16 pada tahun hadapan dan setakat ini, tiada perancangan bagi menghasilkan filem baharu.

Kredit: Harian Metro I Instagram Les’ Copaque

Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas