Connect with us

Oh! Media

‘Melakar Keyakinan’ & Utamakan Keselesaan Diri Dengan Koleksi Terbaru Triumph Signature Sheer

Oh! Lifestyle

‘Melakar Keyakinan’ & Utamakan Keselesaan Diri Dengan Koleksi Terbaru Triumph Signature Sheer

Setiap wanita pasti mahukan keselesaan dalam memilih pakaian dalam harian buat diri mereka kan?

ADVERTISEMENT

Pemilihan warna, reka bentuk dan koleksi amat penting kerana ia dapat melakar keyakinan dalam diri walaupun hanya diri kita sahaja yang memakainya.

Ramai wanita mengalami kesukaran dalam memilih bra yang sesuai, selesa dan menarik serta meningkatkan keyakinan diri. 

Triumph Signature Sheer Koleksi Pakaian Dalam Pilihan Wanita Masa Kini

Baru-baru ini, jenama pakaian dalam terkemuka Triumph telah melancaran koleksi lengkap baharu dengan rekaan kontemporari yang selesa dan elegan, Signature Sheer.

Koleksi penggayaan berhias yang sesuai dijadikan persalinan harian ini diperbuat daripada fabrik nipis bagi menonjolkan siluet badan yang menawan sambil memberikan sokongan.

Setiap persalinan direka bentuk dengan corak renda monogram ‘T’ Triumph yang memberikan sentuhan moden mengikut trend musim ini bagi para wanita.

Menurut Natasha Mooy, Pengurus Pemasaran Kanan Triumph Malaysia dan Singapura berkata, Signature Sheer adalah koleksi baharu Triumph yang meraikan gaya dan sofistikasi, dengan kehalusan reka bentuk yang menonjolkan ciri-ciri feminin.

“Ini juga sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meraikan keunikan individu wanita dengan mentakrifkan semula keyakinan. Keyakinan mempunyai maksud yang tersendiri bagi setiap wanita dan definisinya tidak terbatas oleh sebarang peraturan. Justeru, kami telah menghasilkan satu koleksi versatil yang diharapkan dapat memperkasakan wanita untuk melakar keyakinan diri masing-masing”.

3 Reka Bentuk Dengan Rekaan Komtemporari

Signature Sheer hadir dalam tiga reka bentuk yang memenuhi keperluan wanita. Signature Sheer Wired Padded Bra merupakan satu koleksi yang direka bentuk dengan sokongan Wire Light khas untuk keselesaan maksimum dan diperbuat khas daripada bahan kitar semula. Bukan sahaja mesra tubuh malah mesra alam juga dan rangka sisinya dicipta struktur dan menyerlahkan  bentuk badan.

Signature Sheer Wired Bra merupakan bra yang melangsingkan bentuk semula jadi payudara dan pad pelapik yang menutup bahagian sulit memberikan keyakinan kepada si pemakai walau berbaju ketat.

Jika anda bukan penggemar bra berwayar, Triumph juga mengeluarkan koleksi Signature Sheer Non-Wired Bra yang menampilkan garis leher infiniti yang menyerlahkan potongan badan si pemakai. Ketiga-tiga bra ini didatangkan dalam rona Toasted Almond, Decadent Chocolate dan Classic Black yang anggun.

Selain itu bagi koleksi Signature Sheer, ia dilengkapkan dengan dua pilihan seluar dalam sepadan dengan rekaan yang berupaya menyamarkan garis seluar dalam yang diperbuat daripada fabrik mesra kulit yang memberikan kesan perut rata.

Satu lagi keluaran yan berjaya menarik perhatian kami ialah, Signature Sheer Corsage, korset yang direka dengan jahitan rangka yang menghasilkan siluet tubuh berbentuk jam pasir yang ikonik dan boleh digayakan mengikut apa jua stail si pemakai.

Anda juga boleh padankan dengan baju lengan panjang Signature Sheer yang diperbuat daripada fabrik nipis dengan corak renda moden tidak simetri dengan garis leher tinggi serta pergelangan tangan berwarna hitam. Ini merupakan dua persalinan tambahan yang kontemporari dan asli yang menyerlahkan lagi keunikan koleksi ini.

Koleksi Signature Sheer Triumph yang bermula pada harga RM89.90. Lihat rangkaian  penuh di https://my.triumph.com/collections/triumph-signature-sheer atau kunjungi butik Triumph berhampiran untuk mencubanya hari ini.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas