Setiap tempat kerja mesti akan ada seorang dua perempuan yang dikatakan cantik, bukan? Nak jatuh cinta pun, kena jaga hati pasangan pula aduh!
BACA: Tak Puas Dalam Perkahwinan, Ini Lima Sebab Kenapa Lelaki Curang
Oleh itu bagi mengelak nafsu dan menjaga keharmonian rumah tangga, ini adalah beberapa langkah untuk elak jatuh cinta di pejabat buat kaum Adam.
Cara elak jatuh cinta di pejabat
Hadkan perbualan
Menjadi lumrah seorang wanita untuk sentiasa berborak dan bergaul dengan orang lain. Tetapi jangan terlalu melayan kehendak perhatian mereka. Nanti korang pula mula menaruh harapan pada mereka. Borak bab hal-hal kerja sahaja ye.
Elakkan bergurau maksud tersirat
Gurauan yang mempunyai maksud tersirat atau double meaning perlu sentiasa dielakkan. Takut nanti dari gurauan boleh memakan diri suatu hari nanti.
Pekakkan telinga
Wanita juga merupakan individu yang gemar mencari tempat meluah perasaan. Jangan terlampau baik dan tadah telinga untuk mendengar. Kelak nanti mereka akan cari korang untuk bercerita dan tanam bibit-bibit cinta dalam hati pula.
Berterus terang sudah berpunya
Kaum lelaki perlu sentiasa bersikap terbuka dan jujur mengatakan diri mereka sudah berpasangan. Jangan berlagak single dan berasa diri itu bujang, nanti muncul pula kes curang.
Jadi professional
Jangan kerana seorang wanita yang ramah, korang mula berfikir ada hubungan romantik yang boleh dijalin. Buang perasaan tersebut jauh-jauh dan sentiasa ingat bahawa pejabat adalah tempat untuk bekerja bukan bermain cinta.
Ha, kami dah kongsi tips jangan lupa untuk ikut ya!
Kredit: Mstar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media