Connect with us

Oh! Media

“Lebih Baik Dan Besar Dari Genting SkyWorlds” – Taman Tema Bertaraf Dunia Melaka Getaway Bakal Siap 2026?

melaka getaway

Oh! Lifestyle

“Lebih Baik Dan Besar Dari Genting SkyWorlds” – Taman Tema Bertaraf Dunia Melaka Getaway Bakal Siap 2026?

Kalau sebut pasal taman tema di Malaysia, mesti semua akan teringat akan Genting SkyWorlds kan? Yela, Genting SkyWorlds ni antara taman tema yang terbesar di Malaysia. Belum siap dibina pun orang ramai dah excited nak pergi!

ADVERTISEMENT

Siapa dekat sini yang suka pergi taman tema? Haa ni ada berita baik untuk korang! Kalau korang nak tahu, taman tema moden bertaraf dunia bakal dibina di Melaka, menerusi projek Melaka Getaway. Taman tema ini dijangka akan siap pada tahun 2026, iaitu dalam 4 tahun lagi! Fuh, excited weh!

Taman tema yang bakal dibangunkan di Pulau Satu (PME1) Melaka Getaway ini dikatakan bakal menarik 5 juta pengunjung setiap tahun dengan nilai pelaburan berjumlah RM1.5 bilion.

melaka getaway

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan mengatakan taman tema bertaraf dunia yang bakal dibina ini jauh lebih baik dan lebih besar daripada taman tema Genting Highland dengan keluasan 36 ekar.

Menurutnya juga, dalam masa empat tahun, perkembangan pembinaan taman tema bertaraf dunia ini akan dapat dilihat di Melaka.

Projek Melaka Getaway ini juga berpotensi untuk menjadi hab komersial, berikutan kedudukan strategiknya di Selat Melaka dan berada di tengah-tengah antara dua bandaraya besar, iaitu Singapura dan Kuala Lumpur.

Wahh tak sabar la nak tunggu taman tema Melaka ni siap! Kalau lebih besar dari Genting SkyWorlds, mesti lagi gempak kan! Fuh tak sabar!

Kredit: YouTube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas