Oh! Lifestyle

Kota London Bercahaya Terang Sambut ‘Ramadan Lights’, Pertama Kali Dalam Sejarah!

Published on

Semalam, tular di media sosial mengenai kota London dilimpahi dengan cahaya meriah bagi menyambut bulan Ramadan.

BACA: Ebit Lew Terus Beri Nasihat Buat Pengikut Walaupun Kini Berada Di London

Apa yang lebih menarik, ini merupakan sambutan Ramadan kali pertama di sana dan dikenali sebagai Ramadan Lights.

Ramadan di London

Memetik laporan Time Out, sambutan ini julung kali dilakukan bagi meraikan bulan Ramadan di United Kingdom dan Eropah. Lampu-lampu tersebut akan dinyalakan di Coventry Street sehingga akhir Ramadan iaitu 21 April.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan yang merupakan seorang Muslim meluahkan rasa gembira mengenai penganjuran sambutan tersebut.

Ramadan Lights adalah simbol sebenar bagaimana ibu kota London meraikan kepelbagaian negara ini.

Sekitar 30,000 lampu telah dilakukan bagi membentuk 61 bulan di paparan cahaya tersebut.

Kredit: Time Out

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version