
Oh! Lifestyle
KitKat Ada Perisa Baru? Gabungan Perisa Top 10 Asia Pasifik, Jadi Pilihan Gen Z!
Oleh
“Berehat sebentar, Bersama KitKat”
Siapa dekat sini suka makan KitKat? Kalau suka, memang kita satu geng.
Siapa je tak jatuh hati dengan keranggupan cebisan biskut yang disaluti coklat susu lazat, buatkan selera korang bertambah. MMM, dapnya!
Korang tahu tak yang KitKat baru saja mengeluarkan perisa baru tau? Dengar cerita, perisa baru ni jadi favourite Gen Z. Korang rasa kenapa?
KitKat Gabungkan Biskut Dan Karamel, Tambat Hati Peminat Coklat!
Baru-baru ini, KitKat telah melancarkan produk baru, KitKat Salted Caramel Cookies bertempat di Ioi City Mall Putrajaya. Acara ini dirasmikan oleh Carlota Casellas, Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestle’.
Korang tahu tak yang biskut serta perisa karamel antara 10 perisa paling digemari di Asia Pasifik?
Jadi tak hairanlah kenapa KitKat Salted Caramel Cookies ini menjadi pilihan generasi Z.
Tekstur biskut yang ranggup diselaputi coklat susu, ditambah dengan perisa salted caramel memang menghasilkan kombinasi yang menarik!
Rasanya yang tidak terlalu masin dan manis, membuatkan korang rasa tak muak.
KitKat Salted Caramel Cookies ini boleh dimakan dimana sahaja pada bila-bila masa. Ia juga boleh dijadikan hiasan bagi cupcake korang!
Bagi korang yang sukakan coklat ataupun karamel, kami suggest korang untuk try KitKat Salted Caramel Cookies ni sekarang.
Pelbagai Aktiviti Dan Promosi Menanti Di Booth KitKat!
Sempena dengan pelancaran KitKat Salted Caramel Cookies, KitKat turut mengadakan booth KitKat di Ioi City Mall, Putrajaya ( LG Floor, berhadapan Harvey Norman).
Pelbagai aktiviti menarik serta harga promosi bagi barangan KitKat yang boleh korang nikmati. Korang boleh rasai sendiri KitKat Salted Caramel Cookies di sana secara percuma.
Bagi korang yang membeli produk KitKat melebih RM10, RM20 dan RM30 ke atas, korang berpeluang membawa pulang hadiah menarik dari KitKat. *sementara stok masih ada
Booth ini berlangsung dari 9 Ogos sehingga 13 Ogos 2023, bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan produk, layari laman sosial rasmi KitKat di Facebook dan Instagram.
