Oh! Lifestyle

Ini Tip Jadikan Baju Putih Bersih Seperti Baru

Published on

Korang mesti selalu ada masalah untuk kekalkan baju kita supaya sentiasa berwarna putih kan? Masalah ini selalu dihadapi oleh suri rumah sewaktu membasuh pakaian sekolah anak-anak mereka.

Jangan risau, sebenarnya ada pelbagai cara untuk mengekalkan pakaian korang berwarna putih walaupun sudah basuh dan pakai berkali-kali.

Menerusi satu perkongsian Leena Hassan di laman Facebooknya, dia telah berkongsi rahsia bagi menjadikan pakaian sentiasa berwarna putih macam salji.

Malah, cara ini tidak memerlukan peluntur, vanish, atau nila tetapi dengan hanya menggunakan sabun buku sahaja.

Dalam pada itu, korang boleh menggunakan apa sahaja jenama sabun buku yang anda ada lalu kikis sabun buku tersebut.

Berikut adalah cara-caranya:

  • Rendam baju-baju putih dengan sabun buku yang diparut selama satu malam.

  • Kemudian, tambahkan sedikit sahaja sabun baju biasa yang ada di rumah anda.
  • Keesoknya, korang dah boleh mula membasuh pakaian anda dalam mesin basuh seperti biasa.

Dan hasilnya, pakaian anda jadi putih seperti baju jururawat!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Orang JB boleh pergi try makan shawarma dekat sini, min tengok pun dah terliur dah nak makan #johor#jb#aldamascusjb#ohmakan#ohmedia

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Exit mobile version