Connect with us

Oh! Media

Ini Tiga Bahan Untuk Buat Scones, Mudah Je Buat Sendiri!

Article 3 9 3 1

Oh! Lifestyle

Ini Tiga Bahan Untuk Buat Scones, Mudah Je Buat Sendiri!

Siapa dekat sini yang memang suka sangat makan scones? Biasanya kalau nak makan scones kena pergi ke cafe-cafe yang memang khas buat scones ataupun pergi ke Cameron Highlands.

Tapi, bila nak beli tu, mesti banyak mulut yang nak makan, kena lah beli banyak kan? Kalau satu dalam RM4 hingga RM5, nak beli 10 dah berapa pula jumlahnya kan? Mahal sangat.

Kalau korang rajin, beli je bahan-bahan dan buat sendiri! Nak buat pun bukannya susah sangat tau. Hanya kena rajin, haa, jadi lah scones tu! Haha.

IKLAN

Untuk resipi yang Oh! Media nak kongsikan kali ini, scones ini hanya memerlukan tiga bahan je tau! Memang sangat mudah laa. Resipi ini dikongsikan oleh Mell Abdul Rahman di Facebook.

A0d87d6c a855 430d a804 e99a8ed3f367

Bahan-bahan

241183979 918640525422989 8236404283248626176 n

Antara bahan yang korang perlukan adalah 2 1/2 cawan tepung naik sendiri, 1 cawan susu segar dan 1/2 cawan butter, dalam 130 gram.

Cara-cara

241535936 918640678756307 9099230440374850430 n

Pertama sekali, ayakkan tepung sehingga dapat tekstur yang gebu gebas. Kemudian masukkan butter dan gaul kedua-dua bahan ini sehingga sebati sampai jadi serbuk roti.

240051964 918640942089614 8400571223799926093 n

Seterusnya, masukkan secawan susu segar dan gaul perlahan-lahan. Jangan uli tau, perlahan je gaulkan dia. Kalau korang suka manis, dekat step ni boleh tambahkan gula, esen vanilla dan juga garam. Ikut citarasa sendiri okay!

Bila dah sebati, korang uli ikut cara dalam video di atas ni. Korang kena penyek-penyekkan sikit guna tangan yang bersih.

241233380 918641065422935 2938391020086536894 n

Seterusnya, korang boleh rehatkan doh yang dah jadi tadi selama 10 minit.

242306414 918640548756320 8867561502255877407 n

Sementara nak tunggu 10 minit tu, korang boleh alaskan baking paper atas dulang pembakar. Kalau tak ada baking paper, boleh sapukan butter! No problem!

241475250 918640788756296 6722364829173680459 n

Selepas itu, korang boleh ambil doh tadi, dan leperkan dia, tak perlu guna roller pun okay. Tekup ikut bentuk bulat. Cantik-cantik tau!

241412563 918640615422980 4827619684573876172 n

Haa sekarang ni bila dah siap bentuk bulat tu, korang susun dalam dulang atau loyang yang dah ada baking paper tadi.

241142126 918640625422979 3456589170172990904 n

Seterusnya ni optional! Kalau korang nak nampakkan scones tu garing dan cantik, korang boleh sapukan sedikit telur dan susu. Korang kena campur susu dan telur, kacau sebati. Lepastu boleh sapu dekat atas scones!

240513038 918640828756292 1935419841809492185 n

Ni hasilnya lepas dah sapukan dengan telur dan susu tadi. Lepas dah siap sapu, korang boleh masukkan dalam oven, bakar pada 250 degree celcius selama 15 minit, bergantung pada oven masing masing. Boleh adjust suhu dan masa ikut kehendak masing-masing.

scones

Alhamdulillah, inilah hasilnya lepas korang bakar tadi! Lepas dah dapat tekstur cantik macam ni, korang kena belah dua scones ni dan letakkan jam strawberry pula. Fuhh, memang rasa dia ngamm dan sedap!

scones
scone guna 3 bahan

Kalau korang ada whipping cream, boleh je letakkan atas jam strawberry tu. Biasanya kalau dekat kedai akan ada jam strawberry dan whipping cream! Memang sedap.

Lemonade scones 2 sq

Kalau korang dah try resipi ni, bolehlah bagi comment sedap ke tak, okay! Hehe boleh share resipi ni dekat keluarga dan kawan-kawan juga. Mana la tahu, nanti korang datang rumah masa raya nanti, semua hidang scones ni. Happy perut tu. Hehe selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas