Connect with us

Oh! Media

IDEAL-Fitri Barulah Sedap! Ini Resepi Super Simple Hidangan 2, 3 Tetamu Lebaran.

Oh! Lifestyle

IDEAL-Fitri Barulah Sedap! Ini Resepi Super Simple Hidangan 2, 3 Tetamu Lebaran.

Masuk minggu 3 bulan ramadan, pasti ramai antara kita yang tepu tak tau nak masak apa. Screenshots resepi dari media sosial sampai beratus-ratus gambar, yang dimasak hanya beberapa menu je.

ADVERTISEMENT

Konon nak jaga pemakanan, tapi masih makan makanan yang tinggi kolesterol. Tak pe, bermula hari ni, mari kita cuba amalkan dan pilih makanan yang dimasak menggunakan produk yang lebih sihat dan enak. 

Sebelum ni, kami pernah share 6 Koleksi Resepi Ringkas IDEAL-Fitri tau. Kalau korang terlepas boleh klik pada pautan di bawah;

Klik : 6 Koleksi Resepi Ringkas IDEAL-Fitri 

Jadi nak dijadikan cerita gais, ramai juga yang dah cuba resepi yang dikongsikan dan ada yang olah sedikit untuk kelainan rasa. Ini kami kongsikan antara video yang dihasilkan menggunakan resepi ringkas Ideal-Fitri.

Resepi 1: Puding Roti Kurma

Kredit video oleh: chefkecikkitchen

Bahan-Bahan
12 Keping Roti
450ml Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®
100g Butter
100g Gula
3Biji Telur
1tsp Vanilla Esen
1/4tsp Garam
9 Biji Kurma
Kelapa Parut Secukupnya
Keju Mozarella Secukupnya

Bahan sos;
500ml Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®
2 Biji Kuning Telur
4tbsp Gula
1/4tsp Garam
1tbsp Tepung Jagung

  1. Panaskan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® dan butter seketika tidak perlu hingga mendidih, cuma sedikit panas sehingga butter cair.
  2. Dalam satu bekas lain campurkan telur, gula, vanilla, dan garam di dalam satu bekas. Pukul rata sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan ke dalam bancuhan susu kacau sehingga sebati dan sekadar panas (tidak perlu mendidih).
  4. Potong roti kepada empat, celup di dalam bancuhan, susun di dalam loyang, ulang langkah ini untuk satu lapisan.
  5. Taburkan kelapa parut, buah kurma untuk setiap lapisan. Ulang susunan roti sehingga habis.
  6. Untuk bahagian atas letakkan kurma, kelapa parut dan juga Keju Mozarella yang telah diparut.
  7. Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 35-40 minit atau sehingga masak kekuningan.
  8. Untuk sos pula, campukan kuning telur, gula, garam dan tepung jagung. Gaul sebati.
  9. Panaskan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® sekadar panas sahaja kemudian campurkan bersama bahan-bahan yang telah disatukan tadi.
  10. Masak semula di atas dapur sehingga sebati dan pekat.
  11. Sedap dimakan ketika sejuk, jadi simpan di dalam peti sejuk sebelum anda nak makan ya.

Resepi 2: Seafood Alfredo (shrimp & squid) Pasta with Broccoli 

Kredit video oleh: umikitchen88

Bahan A
1 sb Minyak
100 gm Udang

Bahan B
2 sb Salted Butter
2 ulas Bawang Putih
1 sb Tepung Gandum
1 cawan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®
1/2 cawan Air
1 Kiub Pati Ayam
1/2 sk Lada Hitam
50 gm Brokoli
200 gm Spageti
1 sb Keju Parmesan

  1. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak dan toskan.
  2. Mula-mula cairkan butter..bila dah cair masukkan bawang putih 
  3. Masak sampai naik bau masukkan tepung
  4. Kacau cepat bagi mengelakkan tepung berketul
  5. Kemudian masukkan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®
  6. Kacau sekejap kemudian masukkan sedikit air.
  7. Bila dah sedikit menggelegak masukkan kiub ayam, lada hitam, brokoli dan keju Parmesan
  8. Akhir sekali masukkan spageti dan udang goreng tadi.
  9. Kacau sebati bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidang

Resepi 3: Udang Masak Lemak Cili Api

Kredit video oleh: resepi_dapur_cikwan

Bahan – Bahan
1 kg Udang
1/2 biji Nanas
2 biji Bawang Merah (dikisar)
10 biji Cili Kecik & 1 biji Cili Besar (dikisar)
1 ruas jari Kunyit Hidup (dikisar)
1 batang Serai (dititik)
1 tin Air (guna tin susu IDEAL®)
1 tin Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®
1 helai Daun Kunyit (dihiris)
2 sudu bahan perasa atau garam secukup rasa

  1. Kita kisar bawang merah, cili besar,cili kecik & kunyit hidup dengan sedikit air.
  2. Panaskan kuali masukkn bahan yang dikisar tadi, kacau sekejap kemudian boleh masukkan sebatang serai yg dititik.
  3. Kacau sebati, masak sampi air dalam bahan kisar kering.
  4. Bila air dah kering tambahkan air untuk jadikan kuah. Tambah air kemudian kacau lagi hingga mendidih. Bila dah mendidih boleh masukkan nanas & udang.
  5. Kacau sebati, masak hingga udang kekuningan kemudian boleh masukkan 1 tin Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®.
  6. Kacau lagi kemudian boleh masukkan bahan perasa.
  7. Tambahkan hirisan daun kunyit, kacau lagi. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Wah menarik betul juadah yang diorang masak tu. Memang ringkas dan paling penting tetap lemak berkrim serta enak.

Masakan jadi super sedap dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®

Sebenarnya dengan menggunakan susu sejat penuh krim dalam masakan kita, ianya dapat memberikan kebaikan yang optimum untuk badan kita.

Pilihan menggunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® adalah sangat tepat sebab ianya mempunyai 100% rasa susu lemak berkrim serta kaya dengan sumber bagi vitamin A dan D3. Tak perlu risau, sumber lemak yang ada dalam susu ni memang aslinya daripada susu tu juga.

Jadi jangan lupa tadi kita kan dah setuju nak amalkan dan pilih makanan yang dimasak menggunakan produk yang lebih sihat lepas ni. So, cepat dapatkan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® di kedai-kedai berhampiran anda dan boleh cuba resepi-resepi yang dah kami kongsikan tadi. Selamat Mencuba!

Psst, kami ada tips tambahan untuk korang. Kalau korang buka tin Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, ianya boleh disimpan selama 3 hari selepas dibuka tau, tapi kalau nak tahan lagi lama lagi, simpan dekat dalam bekas yang lain masing-masing perlu disimpan di dalam chiller rumah korang tu.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas