Oh! Lifestyle

Ibadah Sambil Riadah, Adidas Kini Hasilkan Sejadah Mesra Pengguna Buat Muslim

Published on

Terbaru, Adidas Terrex telah melancarkan sejadah khas yang direka khusus buat orang Islam yang ingin mengerjakan solat ketika sedang beriadah.

BACA: Barang Basah Dijangka Naik Harga RM3 Hingga RM5 Bulan Ramadan Ini

Sejadah tersebut dikatakan bakal terjual dengan harga £20 (RM109) pada pertengahan tahun ini.

Sejadah mesra pengguna

Bahan yang digunakan buat penghasilan sejadah ini merupakan poliester ringan yang tidak membebankan untuk dibawa. Sejadah ini juga kalis air bagi memudahkan ia menjadi pelapik ketika bersolat di kawasan lapang.

Insiden seorang peserta acara mendaki di UK yang tidak disediakan kemudahan bersolat telah memberi idea buat jenama Adidas untuk mencipta sejadah khas ini.

Ha, lepas ini lebih mudah nak solat dekat mana-mana bila ada sejadah macam ini, betul tak?

Kredit: amanz | Muslim Hikers

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version