Connect with us

Oh! Media

Disangka Warga Asing Rupanya Kacukan Malaysia, Perkongsian Wanita Ini Cuit Hati Netizen

Oh! Lifestyle

Disangka Warga Asing Rupanya Kacukan Malaysia, Perkongsian Wanita Ini Cuit Hati Netizen

Umum mengetahui, Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa dan agama sehingga negara ini sering dipandang sebagai negara model perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat.

ADVERTISEMENT

BACA: Lima Artis Lelaki Tempatan Yang Berdarah Kacukan

Selain daripada kaum yang berbeza, negara ini juga turut terdapat beberapa warga kacukan hasil daripada perkhawinan dari berbeza negara.

Cukuplah kita mengambil contoh daripada pemain bola sepak negara yang segelintirnya merupakan kacukan yang dilihat sedikit berbeza dari segi fizikal namun masih berdarah Malaysia.

Bagaimanapun, adakalanya mereka akan dibesarkan di Malaysia sehingga fasih dalam penggunaan bahasa Melayu. Sudah semestinya akan mengelirukan masyarakat yang menyangka mereka merupakan warga asing.

Wanita kacukan Malaysia-Afrika kongsi pengalaman, disangka pelancong asing

Namun, perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita hasil kacukan Malaysia-Afrika selepas dia menceritakan pengalamannya apabila disangka tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Mana tidaknya, rupa parasnya yang kelihatan seperti pelancong asing menyebabkan sebahagian besar warga tempatan cuba mengelak untuk berbual dengannya termasuklah mengambil pesanan makanan.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, dia yang dikenali sebagai Aya sempat bercerita mengenai situasi di sebuah kedai makan selepas menjawab persoalan daripada sorang pengikutnya.

@freakayaisfreak Storytime! 😂 #fyp #viralmalaysia #qna #kaumelayuke #blackasian #kelantantiktok ♬ original sound – Aya Amiruddin

Menurutnya, dia ketika itu telah berkunjung di sebuah kedai makan di Kelantan yang mana semua pekerja tidak mahu mengambil pesanan makanannya.

Mungkin risau untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sehingga pekerja tersebut saling menyuruh antara satu sama lain untuk menyapa dirinya.

Mereka cakap ‘Mu lah, ‘Demo lah’ lepas itu, saya terus cakap tidak apalah, saya serve sendiri sebelum mereka terkejut dan memberitahu ‘lah mu melayu?

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan perkongsian itu selain turut ‘tertipu’ dengan penampilannya yang fasih berbahasa Melayu.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih daripada 2 juta jumlah tontonan serta mendapat 279,200 tanda suka.

Kredit: TikTok freakayaisfreak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas