Connect with us

Oh! Media

“Dengan Cucu Pun Berkira Ke?”- Lelaki Dikecam Dedah Ibu Mertua Minta Upah RM100 Jaga Cucu

Ohmedia ibu mertua

Oh! Lifestyle

“Dengan Cucu Pun Berkira Ke?”- Lelaki Dikecam Dedah Ibu Mertua Minta Upah RM100 Jaga Cucu

Seorang individu tampil ‘memerli’ ibu mentuanya yang telah meminta sedikit wang sebagai upah menjaga cucu ketika dia keluar bekerja.

Dalam hantaran itu, si ibu mentua kepada lelaki itu telah meminta upah menjaga anaknya sebanyak RM100 setiap bulan untuk digunakan sebagai wang saku.

Salam Munir, mak nak tanya segan. Mak jaga Hafis ni, mak ingat nak duit belanja mak kira macam upah mak boleh? Munir bagi RM100 je tak apa kalau tak ada duit.

Menantu lelaki balas dengan nada sinis pula

Lelaki itu kemudian membalas dengan nada sinis sebelum berjanji untuk memberi wang yang diminta apabila dapat gaji kelak.

IKLAN

Malah, lelaki itu turut menyifatkan ibu mentuanya sebagai seorang yang berkira kerana meminta upah untuk menjaga cucunya sendiri.

Image 123

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meninggalkan sepatah dua kata di mana rata-rata mereka merasakan lelaki berkenaan telah mengambil kesempatan di atas kebaikan ibu mentua sendiri.

Tak malu ke? Sepatutnya bro yang awal-awal hulur dulu duit dekat mak mertua

Mak mentua minta RM100 je. RM100 apa lah sangat dibandingkan dengan tenaga mak tu nak jaga anak kamu. Lagi-lagi kalau mak tu dah berumur. Ingat tak letih ke jaga budak-budak?

Image 122

Selain itu, netizen menasihatkan individu itu untuk muhasabah diri dan sepatutnya berasa malu kerana memperlakukan orang tua seperti itu.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas