Connect with us

Oh! Media

bpositive Utama Komuniti Sekeliling Dengan Inisiatif Buy 1 Help 1 

bpositive

Oh! Lifestyle

bpositive Utama Komuniti Sekeliling Dengan Inisiatif Buy 1 Help 1 

bpositive merupakan syarikat penjagaan kesihatan yang memfokuskan impak positif terhadap komuniti sekeliling. Mereka percaya bahawa sesuatu impak akan terhasil apabila semua orang menyokong satu sama lain. 

ADVERTISEMENT

Kalau korang nak tahu, bpositive mempunyai nilai dan pendekatan yang berbeza dengan syarikat penjagaan kesihatan yang lain tau! Korang nak tahu apa yang membuatkan bpositive istimewa? 

“bpositif dilahirkan semasa pandemik. Saya mendapat inspirasi dengan melihat orang di seluruh dunia bekerjasama untuk membantu orang lain dan menjadi SUPERHEROES. Apabila saya memikirkannya, kita semua mempunyai kuasa Kebaikan, belas kasihan, bersikap positif, dan membantu orang lain.

Itulah pada asasnya yang saya ingin lakukan dengan produk kami dan keuntungan kami. Jadi, lain kali anda memilih bpositive, ketahui bahawa anda bukan sekadar membeli; anda sedang membantu orang lain,” Corey Bryant, Pengasas bpositive. 

Membeli Sambil Membantu dengan Buy 1 Help 1 

Hmm, korang mesti terfikir beli satu percuma satu kan? bpostive menggunakan konsep yang sama tapi, berbeza. Kalau korang nak tahu, bagi setiap pembelian barangan kesihatan bpositive korang akan menyumbang kepada komuniti pilihan korang. 

bpositive juga telah bergiat aktif dalam menyokong badan amal tempatan di Malaysia seperti MIASA Malaysia dan Teach For Malaysia. 

Bukan itu sahaja, bpositive juga telah memberi sokongan penuh bagi salah satu organisasi global iaitu Onetreeplanted, yang telah menyumbang kepada penanaman lebih 93 juta pokok di seluruh dunia. 

Kreatif, Kualiti Dan Mampu Milik Semestinya bpositive

Eh, korang perasan sesuatu tak? 

Bungkusan bagi setiap produk bpositive n idireka khas dan kreatif dengan menggabungkan warna-warna yang lebih cerah dan ceria. 

Ehh bukan itu sahaja, bagi setiap bungkusan bpsotive ini, ia memaparkan maskot superhero ibu jari bagi menyampaikan slogan utama bagi bpositive, iaitu “everyday superheroes”. 

Selain dari  bungkusan yang direka khas ini, bpositive juga  sangat mengambil berat dengan komitmen mereka bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. 

bpositive memegang akreditasi EN ISO 13485:2016 yang berprestij. Barisan produk penjagaan luka mereka direka khas supaya lebih selesa, mudah digunakan dan juga tahan lebih lama.  

Mudah Didapatkan Dengan Harga Yang Berpatutan

Jenama penjagaan kesihatan yang sentiasa berusaha menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu milik ini akhirnya telah menandakan kemasukkannya ke pasaran Malaysia pada tahun lalu di Farmasi Caring di TRX. 

Kini, produk bpositive tersedia di lebih 250 cawangan Farmasi Caring di seluruh negara. Bukan itu sahaja, ia juga telah tersedia di setiap cawangan Georgetown, BePharmacy, OK Pharmacy, dan Wellings Pharmacy. 

Psst!  Kalau korang nak tahu bpostive akan melancarkan rangkaian penuh produk mereka bulan depan tau. Pastikan korang tak terlepas nanti. Dapatkan info lanjut di laman sesawang bpositive

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas