Connect with us

Oh! Media

Bos-Bos Malaysia Dikatakan Paling Kedekut Bayar Gaji Di Asia Tenggara? Bos Indonesia Lagi Pemurah

gaji pekerja

Oh! Lifestyle

Bos-Bos Malaysia Dikatakan Paling Kedekut Bayar Gaji Di Asia Tenggara? Bos Indonesia Lagi Pemurah

Lapor Utusan Malaysia, para majikan di Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk membayar gaji pekerja sekaligus menjadikan ‘bos-bos’ ini sebagai antara majikan paling kedekut di Asia Tenggara.

ADVERTISEMENT

Angka peratusan Malaysia merupakan yang terendah berbanding Singapura (40%), Indonesia (84%) dan Filipina (76%).

Datuk Abdul Halim Mansor

Meskipun begitu, perbezaan yang ketara itu diambil kira mengikut kadar populasi negara dengan Malaysia yang mempunyai 33 juta penduduk, Indonesia 273 juta, Filipina 109 juta dan Singapura sebanyak 5.6 juta populasi.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor walau bagaimanapun melabelkan peratusan bayaran yang begitu rendah itu sebenarnya tidak masuk akal kerana majoriti majikan sebenarnya mampu membayar lebih daripada gaji minimum iaitu RM1,200.

Malah, ujarnya lagi, kerajaan juga telah banyak membantu majikan dengan pelbagai bentuk bantuan bagi merangsang kembali pendapatan yang hilang sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Mereka sering berkata sekarang bukan masa sesuai untuk menaikkan gaji minimum ke RM1,500 kerana kesukaran ekonomi dan COVID-19.

Alasan ini sudah menjadi standard, sedangkan kerajaan telah mendahulukan pelbagai jenis bantuan bernilai berbiliion ringgit.

Abdul Halim mengulas mengenai perkara tersebut sebagai respon kepada pendirian Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan pakar-pakar ekonomi yang membantah kenaikan gaji minimum RM1,500 atas pelbagai faktor.

Terdahulu, kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Katanya lagi, pekerja merupakan aset dan tulang belakang bagi pembangunan ekonomi negara dan isu kenaikkan gaji minimum bukanlah satu permintaan tetapi satu keperluan pada ketika ini.

Jadi, boss korang kedekut ke pemurah? Hee^^

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas