Oh! Lifestyle
Bimbang Susu Badan Kurang? Ini Cara Mudah Untuk Para Ibu Amalkan!
Oleh
Para wanita yang baru masuk fasa menjadi seorang ibu, pasti bimbang kalau susu badan tak cukup kan? Kadang-kadang dah buat macam-macam cara nak bagi susu banyak tapi tetap tak banyak.
Untuk mendapatkan susu badan yang banyak dan berkualiti, para ibu seharusnya peka dengan keadaan sekeliling terutama dengan pemakanan, emosi, mental dan fizikal.
Kalau semua aspek ini dijaga dengan rapi, In Shaa Allah penghasilan susu badan akan jadi mudah dan dapat menghasilkan susu yang berkualiti.
Menerusi majalahpama, Puan Nuha Hayati ada berkongsikan beberapa tips untuk ibu menyusu bagi memastikan susu yang terhasil dijamin berkualiti.
Antara perkara atau langkah yang perlu dilakukan oleh seorang ibu adalah:
1. Sentiasa dalam keadaan tenang dan tidak stress
Apabila keadaan diri tenang, sihat, relax dan tak stress, maka fikiran tak akan kusut dan tidak terganggu dengan perkara-perkara yang negatif dan tidak sepatutnya. Fikiran yang kusut boleh menganggu pengeluaran susu ibu, jadi korang kena relax and chill okay!
2. Bersyukur dengan rezeki susu yang Allah beri
Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, korang perlulah bersyukur dengan nikmat kurniaan yang Allah berikan dan janganlah pandang rendah terhadap ibu-ibu lain yang tidak dapat menyusukan anak. Jangan cari masalah dengan sesiapa dan sentiasalah berbuat baik dengan orang disekeliling.
3. Aktif, kekal cerdas
Apabila ibu yang menyusukan aktif dan cerdas, maka badan akan lebih bertenaga dan cerdas! Selalu biasakan diri jalan pada waktu pagi dan ambil cahaya pagi yang merupakan vitamin D okay!
4. Hubungan baik dengan suami
Perbaiki hubungan dengan suami dan sentiasa baik dengan pasangan ataupun ahli keluarga. Apabila hubungan ibu baik dengan orang sekeliling, maka mood si ibu pun akan baik dan hati pun gembira je. Korang kena ingat, pengeluaran susu ni bergantung pada hormon ibu tau! Jadi kalau mood dan hati ibu senang, maka penghasilan susu pun akan jadi mudah dan berkualiti.
5. Jaga pemakanan
Para ibu perlu mengambil berat soal makan! Jangan makan tak ikut masa kerana ia akan meudaratkan diri dan penghasilan susu. Ibu perlu makan ikut waktu dan makan makanan yang berkhasiat agar susu yang keluar akan jadi berkualiti dan bernutrisi. Pastikan makan makanan yang seimbang tauu!
Makanan tambahan pun boleh diambil untuk pastikan si ibu dapat nutrien yang cukup, secara tak langsung dapat hasilkan susu yang berkualiti untuk si kecil!
6. Jaga kebajikan diri
Ibu perlulah utamakan diri sendiri dan pastikan diri tak stress dan sentiasa muhasabah diri. Ibu perlu cari waktu rehat dan dapatkan sokongan daripada suami kerana suami merupakan sumber kekuatan wanita. Apabila ibu gembira, anak-anak dan keluarga pun akan gembira sekali!
Susu ibu ni merupakan makanan terbaik untuk seorang bayi. Jadi, untuk pastikan seseorang itu dapat memberikan susu yang berkualiti, dia perlulah menjaga kesihatan diri, makan makanan yang sihat, tak stress dan dapat rehat yang cukup.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat para ibu di luar sana. Untuk beri yang terbaik, kita kenalah jadi yang terbaik. Ingat, apa yang kita absorb dalam badan kita, itulah apa yang anak kita akan dapat. Jadi, absorb la semua perkara yang psotif dan makan makanan yang seimbang okay! Selamat berjuang para ibu!
Kredit: Majalahpama
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.