Connect with us

Oh! Media

Betul Ke Ketiak Oppa Tidak Berbau? Kajian Ini Buktikan Rupa-Rupanya…

Oh! Lifestyle

Betul Ke Ketiak Oppa Tidak Berbau? Kajian Ini Buktikan Rupa-Rupanya…

Masalah bau badan sering kali dikaitkan dengan anggota tubuh yang berpeluh. Peluh yang dikeluarkan kadang kala menghasilkan bau ketiak yang kurang disenangi. Ada juga yang mengaitkan bau peluh ini dengan masalah kebersihan dan kesihatan.

ADVERTISEMENT

BACA: Hilangkan Bau Ketiak Dengan 5 Cara Mudah Ini!

Oleh itu, orang ramai disarankan memakai penyahbau atau deodoran untuk mengurangkan bau apabila tubuh sedang bergerak aktif. Kalau tidak boleh pengsan dibuatnya tau!

orang Korea
Sekadar gambar hiasan

Hal ini berbeza dengan orang Korea apabila kajian mendapati mereka dilahirkan tanpa bau badan. Kajian dibuat apabila ramai yang bimbang akan masalah bau ketiak yang berpeluh apabila tiba musim panas.

Ramai tidak tahu rupa-rupanya orang Korea telah ‘bermutasi secara genetik’ di mana mereka kurang berpeluh dibandingkan dengan manusia di tempat lain.

bau ketiak

Menurut kajian University of Bristol, hanya 0.006 peratus daripada populasi Korea mempunyai gen ABCC11 iaitu punca utama berlakunya masalah bau badan.

Dapatan kajian ini adalah berdasarkan Allel Frequency Database (ALFRED) iaitu sebuah pangkalan data gen yang diasaskan oleh Universiti Yale. Menurut hasil kajian itu juga, pengkaji mengesahkan orang Korea mempunyai nisbah terendah yang mempunyai gen ABCC11.

Foto: BBC

Jelas pengkaji Ian Day, gen ABCC11 menentukan sama ada seseorang mengeluarkan bau ketiak atau pun tidak.

Kajian menunjukkan hanya 2 peratus daripada orang Eropah kekurangan gen berbau. Sementara, orang Asia Timur dan hampir kesemua orang Korea mempunyai gen berbau yang sangat rendah.

Ian Day merupakan seorang penyelidik genetik daripada Universiti Bristol. Dia telah menerbitkan hasil kajian mengenai gen ABCC11 di laman Livescience iaitu sebuah laman web mengenai sains.

Kredit: The Korea Times

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas