Connect with us

Oh! Media

“Betapa Struggle Kehidupan Sekarang”, Suri Rumah Kongsi Perbelanjaan RM6k ‘Cukup Makan’ Setiap Bulan

perbelanjaan keluarga

Oh! Lifestyle

“Betapa Struggle Kehidupan Sekarang”, Suri Rumah Kongsi Perbelanjaan RM6k ‘Cukup Makan’ Setiap Bulan

Tidak kiralah zaman pandemik ataupun tidak, ramai sebenarnya yang menghadapi kesusahan dan terpaksa bergolok gadai demi memenuhi keperluan keluarga. Apatah lagi ketika ini di mana dunia sedang bergelut dengan COVID-19, pastinya ada yang sudah kehilangan kerja atau makin kurang mata pencarian setiap bulan.

ADVERTISEMENT

Dalam sebuah hantaran panjang lebar seorang wanita di laman Facebook, dia berkongsi perbelanjaan bulanannya yang sekadar ‘cukup makan’.

Menurut wanita yang merupakan seorang suri rumah itu, mereka sekeluarga hanya bergantung kepada pendapatan si suami yang memperoleh gaji sekitar RM6,000 sebulan.

Dia juga turut membuat senarai perkara yang perlu dibayar setiap bulan dan akhirnya, gaji beribu ringgit itu tadi hanya tinggal sekitar RM200 selepas ditolak komitmen dan sebagainya.

Ni cerita nak survive je Tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakan. Demi anak, saya sanggup ketepikan kehendak saya.

Jelasnya, hidup di zaman kini sememangnya agak ‘struggle’ kerana peningkatan harga barang namun gaji yang masih tidak naik-naik.

Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen tampil berkongsikan keadaan dan kesusahan yang sama terutamanya mereka yang baru memulakan fasa hidup yang baru sebagai suami isteri dan juga berkeluarga.

Komen Facebook

Realiti kehidupan yang sememangnya tak mudah ye. Apalagi kalau gaji hanya 2k-3k sebulan. Allah saja yang tahu peritnya. Semoga Allah cukup kan rezeki kita semua dan dipermudahkan segala urusan.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas