Connect with us

Oh! Media

“Berpantang Bukan Tempoh Seksaan Untuk Ibu” – Doktor Kongsi Amalan Sebenar Lepas Bersalin

berpantang

Oh! Lifestyle

“Berpantang Bukan Tempoh Seksaan Untuk Ibu” – Doktor Kongsi Amalan Sebenar Lepas Bersalin

Tempoh berpantang merupakan satu tempoh yang perlu dituruti oleh para ibu yang baru sahaja melahirkan anak. Ada yang menjalani pantang selama 44 hari, ada yang 60 hari. Semuanya bergantung kepada ‘siapa’ yang menjaga kita. Kadang orang dulu-dulu ni suka suruh anak-anak pantang lama sikit, baru bagus katanya.

ADVERTISEMENT

Semasa tempoh berpantang ni, sudah pasti ada pantang larang tertentu yang perlu para ibu turuti, seperti tak boleh makan dan minum sembarangan. Ada pula menu-menu tertentu untuk orang berpantang!

Susah la kan? Tengok orang lain makan sedap-sedap, si ibu hanya boleh tengok je. Dah la sakit melahirkan belum habis, kena berpantang makan dan minum pula. Besar betul perjuangan seorang ibu kan? SubhanAllah.

Melalui perkongsian dari seorang Doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Doktor Muhammad Izzat di laman Twitternya, beliau telah berkongsi amalan berpantang yang betul selepas bersalin. Haa nak tahu tak apa yang dikongsikan itu? Jom baca!

1. Pantang merokok

Yang pertama merupakan pantang merokok. Sesiapa sahaja yang merokok di dalam rumah, perlulah berhenti merokok semasa tempoh berpantang. Suami perlulah memberi kerjasama dengan berhenti merokok demi menjaga kesihatan bayi dan juga isteri.

2. Pantang makanan yang ibu alergik

Pantang yang kedua adalah pantang makanan yang ibu allergik. Kalau si ibu tiada allergik, bolehlah makan macam biasa dengan memilih makanan yang sihat dan berkhasiat.

3. Pantang limit air

Si ibu perlulah minum air yang mencukupi, sama ada air panas, air suam ataupun air sejuk. Tak ada masalah untuk si ibu meminum apa air sekalipun, termasuklah air sejuk.

Semua air yang masuk dalam badan ibu akan bertukar ikut suhu badan. Contohnya kalau ibu minum air sejuk, susu badan ibu tak akan bertukar menjadi ice blended pun! Haha jangan risau okay!

4. Pantang makan berlebihan

Seterusnya, si ibu perlulah pantang makan secara berlebihan. Tak boleh makan makanan yang mengandungi banyak garam, makanan atau minuman yang manis-manis. Ibu juga perlu pantang makan makanan berproses dan junk food!

Ini bukan sahaja untuk tempoh 44 hari tau, tapi untuk seumur hidup. Tak bagus makan sesuatu makanan itu secara berlebihan. Makan secara berpada-pada okay?

5. Pantang ubat atau produk kurus

berpantang

Paling penting, ibu perlulah menjauhkan diri daripada mengambil ubat-ubat yang tidak perlu, seperti ubat kurus! Jangan sesekali makan ubat atau produk kurus ya. Kalau nak kurus, beri anak susu badan. In sha Allah nanti akan sentiasa ramping! Hehe.

6. Pantang bersama suami

berpantang

Haa, bukan je perlu pantang makan itu ini, tetapi perlu pantang bersama dengan suami. Ibu mengandung perlu tunggu darah nifas kering terlebih dahulu, barulah boleh bersama dengan suami.

7. Pantang sentuh luka jahitan

berpantang

Haa kali ini, si ibu perlu fokus untuk tidak menyentuh luka jahitan tanpa cuci tangan! Pastikan tangan bersih sebelum menyentuh apa-apa luka kerana bimbang akan dijangkiti bakteria.

Kalau nak luka cepat baik, ikutlah nasihat doktor dan misi, bukannya makcik bawang yang suruh sapu manjakani, kunyit atau sebagainya.

Ibu juga perlu menjaga kebersihan diri dengan sempurna. Pastikan mandi semasa pantang okay! Walaupun susah atau sakit, mandi itu sangatlah penting untuk menjaga kebersihan.

8. Pantang pakai baju atau bengkung yang ketat

berpantang

Nasihat untuk para ibu selepas bersalin, perlulah pantang dari memakai pakaian yang ketat di atas luka sehinggalah luka sembuh. Nak pakai seluar atau kain tak ada masalah, tapi pastikan tak ketat. Cari pakaian yang longgar, barulah selesa kan?

9. Pantang rawat diri sendiri

berpantang

Jika ada sebarang masalah, tolonglah jangan memandai-mandai merawat diri sendiri. Kalau ibu ada darah nifas yang banyak, sakit perut yang teruk, demam, buah dada bengkak, nifas berbau busuk dan sebagainya, pergilah berjumpa dengan doktor. Jangan google atau rujuk yang bukan pakar untuk apa yang perlu dibuat kerana ini melibatkan nyawa.

10. Pantang tak berjalan dan baring sentiasa

berpantang

Seterusnya, ibu perlulah pantang tidak berjalan dan baring sentiasa. Untuk cepat pulih, si ibu perlulah banyak berjalan dan aktif! Risiko untuk darah beku (thrombosis) pun kurang kalau si ibu rajin berjalan.

11. Pantang bagi bayi makanan selain susu

berpantang

Ibu perlulah peka untuk tidak memberi bayi makanan selain susu ibu atau susu formula khas untuk bayi. Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi. Nanti dah lepas 6 bulan, barulah boleh makan makanan lain okay!

Itulah dia pantang yang perlu dituruti oleh para ibu yang baru melahirkan anak. Tak susah pun pantang ni, hanya perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh, serta sentiasa lapangkan dada dan fikiran.

Paling penting semasa pantang, orang yang berada di sekeliling perlu memberi aura yang positif kepada ibu dan jangan menyakiti perasaan ibu bersalin. Apa dia nak makan, bagi je asalkan berkhasiat dan sihat!

Ingat, ibu bersalin kena happy semasa berpantang untuk mengelakkan stress berlaku! Boleh share artikel ini dekat bakal-bakal ibu atau mereka yang akan menjaga bakal ibu. Jangan biarkan ibu bersalin stress okay? Rileks dan chill je! Ibu happy, anak happy, semua orang yang ada dalam rumah pun mesti happy!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas