Connect with us

Oh! Media

Batuk Dan Selesema? Jom Amalkan Peraman Dua Bahan Ini!

peraman

Oh! Lifestyle

Batuk Dan Selesema? Jom Amalkan Peraman Dua Bahan Ini!

Sekarang ini merupakan musim demam, batuk, sakit tekak dan selesema kan? Kadang-kadang badan kita akan rasa lemah dan tidak bermaya disebabkan sakit-sakit sampingan yang datang menjengah.

ADVERTISEMENT

Hari ini Oh! Media nak kongsikan cara yang mudah untuk korang amalkan hari-hari, cara ikhtiar tradisional untuk melegakan selesema dan batuk dengan menggunakan peraman lemon dan madu! Guna dua bahan semulajadi ni, in sha Allah akan beri korang kesegaran pada setiap hari.

Cara ini telah dikongsikan oleh Nur Aida Md Zainuddin di Facebook! Nampak sangat mudah, cepat dan sedap!

Peraman madu dan lemon

1. Sedia bahan

peraman

Pertama sekali, korang kena sediakan dua bahan utama ini, lemon dan madu! Cari je dekat supermarket mesti jumpa. Kalau dapat madu yang asli lagi best dan baik untuk tubuh badan kita okay!

Lepas dah ada dua bahan ni, korang boleh cuci lemon bersih-bersih dan buangkan semua kotoran dan wax yang ada pada lemon itu. Boleh rendamkan sekejap dengan garam, lepastu cuci!

peraman

2. Potong hujung lemon

peraman

Lepas dah cuci, korang kena potong hujung lemon tu dan gosok seluruh lemon dan pastikan lemon yang nak digunakan itu betul-betul bersih sebelum buat pemanan lemon. Kalau tak bersih, nanti korang akan rasa pahit lemon tu, jadi tak sedap pula kan.

3. Hiris nipis

peraman

Lepas dah bersih, korang boleh hiris lemon yang dah dibasuh nipis-nipis bentuk bulat dan sediakan bekas atau jar untuk peraman lemon madu.

4. Lapiskan madu dan lemon

peraman

Lapisan pertama mestilah madu! Jangan letak banyak sangat, korang letak sikit-sikit dulu sebab kita nak buat beberapa lapisan.

peraman

Lepas dah letak madu, ambil lemon dan lapiskan atas madu. Tekan sikit lemon tu untuk keluarkan jus lemon. Tekan dengan sudu je pun okayy.

Korang ulanglah letak madu dan lemon selang seli sampai kedua-dua bahan itu habis dan penuh satu botol.

peraman

Haa, lepas dah siap, korang kena tutup bekas tu dan peram dalam peti sejuk selama dua hari! Selepas dua hari, bolehlah korang guna peraman ini sebagai supplement harian anda!

peraman

Pastikan masa nak ambil peraman ini, gunakan sudu kayu atau plastik tau! Seeloknya nak ambil madu kena gunakan sudu yang bukan besi. Boleh ambil dalam satu atau dua sudu kecil, masukkan dalam air suam dan kacau rata! Senang kan?

Bolehlah korang cuba buat peraman lemon ni dan amalkan setiap hari. Banyak sebenarnya faedah lemon dan madu ni kalau korang nak tahu. Bila guna bahan semulajadi ni, tak la takut sebab tak ada sebarang bahan kimia. Jangan lupa kongsikan resipi ni dekat keluarga dan kawan-kawan okay! Selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas