Connect with us

Oh! Media

Bas Percuma Ke Lokasi Pelancongan Dalam Melaka Sehingga Mei

Oh! Lifestyle

Bas Percuma Ke Lokasi Pelancongan Dalam Melaka Sehingga Mei

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengumumkan perkhidmatan bas percuma ‘Bas Pelancongan Elektrik Singgah-Singgah’ selama dua bulan kepada orang ramai dan pelancong di negeri itu.

ADVERTISEMENT

Orang ramai boleh mula menikmati perkhidmatan bas itu pada 11 Mac sehingga penghujung Mei depan. Bas akan berpusat di Melaka Sentral dan akan melalui enam perhentian ‘pitstop’ ke kawasan-kawasan pelancongan.

Lokasi yang terlibat adalah Melaka Sentral, Zoo Melaka, Quayside, Menara Taming Sari, Muzium Kapal Selam dan Dataran Klebang dengan laluan sejauh 47 kilometer bagi satu pusingan. Akan ada tiga pusingan setiap hari.

Difahamkan bas itu dilengkapi dua komponen iaitu ruang berhawa dingin dan terbuka. Ianya juga mempunyai ciri informasi pelancongan dilengkapi audio visual serta menggunakan e-tiket.

Perkhidmatan bas pelancongan elektrik itu pertama diperkenalkan dan di antara projek perintis Hijau di bawah Green Mobility. Kerajaan negeri menyasarkan kira-kira 290,000 penumpang dalam masa setahun.

Kredit: Instagram melakahariini | Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas